Showing posts with label Page Rank. Show all posts
Showing posts with label Page Rank. Show all posts

Friday, August 10, 2012

PR3 ?

Assalamualaikum???


Sha pun tak tahu menahu yg Page Rank blog ni dah naik ke PR3. Serius. Sebelum ni Sha pernah check PR blog ni yakni ketika Sha tukar nama blog dari th3b0r3dsha ke sharidawati tapi ketika itu PR blog ni masih di tahap PR1. 



Petang semalam baru tahu dah naik ke PR3, itupun setelah diberitahu oleh seorang Manager P1. P1 tu apa? P1 ialah singkatan nama bagi Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah syarikat telekomunikasi yg bersaing secara sihat dengan syarikat telekomunikasi lain seperti Streamyx, Maxis dan lain-lain. 

Apa itu Page Rank?


Page Rank adalah alat yang dicipta oleh Larry Page dan Sergey Brin untuk menentukan halaman mana yang lebih popular dan layak untuk dipaparkan dalam laman utama mesin carian google. Page rank dikira 0-10. Semakin tinggi kedudukan laman tersebut, bermakna lebih popular halaman tersebut di enjin carian. 

Walau bagaimanapun faktor populariti sesebuah blog bukan saja bergantung pada Page Rank malah ia juga bergantung pada keyword yg diletakkan di dalam setiap entry.

(credit info : blog Kulanzsalleh.com)

Friday, July 6, 2012

Alexa Ranking : Lagi Rendah Lagi Bagus !!!

Assalamualaikum ???


Alexa Ranking blog anda rendah atau tinggi ? Pernah tak ambil tahu tentang 'Alexa Ranking' blog anda ? Betul ke 'Alexa Ranking' blog Sha lagi rendah dari 'Alexa Ranking' blog Denaihati Apa itu 'Alexa Ranking' ? Emmmmmm......Banyaknya persoalan di sini. Okaylah kita mula dari zero ye. Ada orang kata, 'Zero to Hero'. Pepatah Melayu pulak berbunyi begini, 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'. Gitu. 


Alexa Ranking oleh Alexa Internet, Inc.

Alexa Internet, Inc. ialah sebuah syarikat yg berpengkalan di California, Amerika Syarikat. Ia merupakan anak syarikat Amazon.com. Secara ringkasnya 'Alexa Ranking' bertujuan untuk mengumpul maklumat dan gelagat pengguna Internet yg singgah ke sesebuah blog. Dengan maklumat yg dikumpul itu maka Alexa dapat menyediakan satu laporan tentang sesuatu trafik ataupun pengunjung yg masuk ke sesebuah blog. Contoh laporan Alexa ialah didapati pengunjung wanita merupakan pengunjung yg paling ramai mengunjungi blog Sha berbanding pengunjung lelaki.  

Kedudukan Blog Kita Di Dalam Alexa Ranking

Penting bagi sesorang blogger mengetahui status ataupun kedudukan blog mereka di dalam 'Alexa Ranking'.  Namun sebagai seorang blogger kita kenalah menjadi sesorang yg realistik dan bersedia untuk menerima kenyataan walaupun ianya pahit. Nak tahu 'Alexa Ranking' bagi blog Sha ?


Sedihnya rasa sebab Alexa Ranking blog Sha di Malaysia ialah blog yg ke 7,696. Gambateh Kudasai !!!


Sebenarnya Alexa Ranking blog Sha dan blog Denaihati 'Ibarat Langit dan Bumi'. Blog Denaihati yg sinonim dengan tagline Hidupkan Untuk Memberi mempunyai 'Alexa Ranking' yg sangat bagus berbanding blog Sha kerana ia berada di kedudukan ke 138. Fuhhhhhhhhh. Mantap !!!

Alexa Ranking bagi Blog Sharidawati.Blogspot.Com

Alexa Ranking boleh dinilai dari 2 peringkat yg berbeza yakni di peringkat antarabangsa dan di peringkat negara. Selain dari itu, maklumat yg dikumpul oleh Alexa diperoleh dalam tempoh 3 bulan terakhir. Untuk 'Alexa Ranking' di peringkat antarabangsa, terdapat sebanyak 1,291,339 blog yg lebih baik berbanding  blog Sha. Manakala 'Alexa Ranking' di Malaysia pula, terdapat sebanyak 7,695 blog yg lebih baik berbanding blog Sha.

Mungkinkah blog anda mempunyai 'Alexa Ranking' yg lebih baik daripada blog Sha? Sudah tentu, bukan? Anda boleh lihat sendiri 'Alexa Ranking' blog anda DI SINI.

Alexa Ranking blog Sha dan blog Denaihati Ibarat Langit dan Bumi .