Showing posts with label Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Maria Elena bagi MPHiBookHD ketika Nuffnang Blogopolis !!

Assalamualaikum ? Selamat sejahtera !


Seperti yg dijangka, Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012 telah berjalan dengan jayanya pada 14 Julai baru-baru ini. Pada pendapat Sha event ini sangat bagus dan memberi impak yg sangat positif kepada para blogger terutamanya diri Sha sendiri. Kadang-kadang sesuatu perkara tu perlu dipandang secara lebih serius yakni dibuat sebaik mungkin. Banyak tips berguna dan tips yg praktikal yg sangat Sha perlukan di dalam dunia blogging. So, its time for action.....tibalah masa untuk Sha bertindak. Walau bagaimanapun, of course jika lebih cepat sesuatu tindakan itu dilakukan, maka ia adalah lebih afdal. InsyaAllah.

Selain dari itu dapat juga Sha bersua muka dengan blogger-blogger otai di dalam blogsphere dan berborak lebih panjang..Huhu...Tak disangka-sangka blogger yg sangat terkenal dengan Vlognya, yakni Maria Elena, salah seorang speaker Blogopolis telah menghadiahkan MPH iBook HD yg beliau terima kepada Sha. Alhamdulillah...Thanks again Maria !! :)

Sebenarnya semua speaker yg hadir pada hari tersebut telah dihadiahkan IREADER tersebut sebagai penghargaan dari pihak Nuffnang. Blogger yg bertuah yg berjaya mencipta tweet yg best ketika conference itu berlangsung turut dihadiahkan IREADER oleh Nuffnang. Canggih, kan??


Maria siap kasi autograph beliau di IREADER itu :)


okay Sha nak usha usha e book ni.......


Stay tuned...

Sha akan kongsikan tips di entry yg akan datang :)




  

Friday, July 13, 2012

First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012

Assalamualaikum ?? Salam sejahtera !!



Inilah hari yg ditunggu-tunggu. Sha harap First Giveaway ini akan menggembirakan anda semua. Anggaplah ia sebagai satu penghargaan buat anda. Semua peserta berpeluang dan berpotensi untuk menang sebab Sha akan gunakan khidmat True Random Number Generator. Sha akan senaraikan kesemua peserta di dalam satu entry dan Sha akan berikan satu nombor bagi setiap entry bergilir-gilir. Siapa cepat akan dapat nombor 1 dan peserta berikutnya akan diberikan nombor 2 dan begitulah seterusnya. Maknanya semua peserta First Giveaway ini mempunyai kebarangkalian untuk menang :))

Oleh itu apa yg perlu anda lakukan untuk menyertai First Giveaway ini ialah ikuti langkah-langkah di bawah:-


1. Follow Blog Sha dengan tekan butang 'Join this site'

2. Like Facebook Fanpage Sha DI PAUTAN INI.

3. Follow Twitter Sha DI PAUTAN INI.

4. Tweet entry ini. Anda boleh lihat Butang Tweet di penghujung entry ini.

5. Buat satu entry di blog anda dengan tajuk 'First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012'

6. Letakkan gambar ini di dalam entry anda:-


iklan




7. Letakkan ayat ini ke dalam entry anda 'Saya mahu menyertai First Giveaway yg dianjurkan oleh seorang Mommy Blogger di Malaysia iaitu sharidawati.blogspot.com'.

8. Nyatakan satu entry dari blog Sha yg paling anda gemari dan letakkan permalink entry itu ke dalam entry anda.

9. Setelah entry anda siap, letakkan permalink entry blog anda di ruang komen di bawah.

Syarat-syarat penyertaan:-


a) First Giveaway bermula sekarang dan akan berakhir pada 1 Ogos 2012.

b) Sha tak akan terima penyertaan dari blog yg direka khas untuk menyertai contest atau giveaway semata-mata. Sha hanya terima penyertaan dari blog personal sahaja. Harap maklum ye.

c) Setiap blog hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.

d) Hadiah hanya akan dipos ke alamat Malaysia sahaja. Jika pemenang berasal dari luar negara, beliau perlu nyatakan alamat di dalam Malaysia untuk 'on behalf collection'

Hadiah-hadiah First Giveaway:-


Hadiah Pertama : 1 unit Handbag dengan warna pilihan anda sendiri & 1 unit Beg Serbaguna IKEA




Hadiah Kedua : 1 unit Gelang Tangan & 1 Beg Serbaguna IKEA




Hadiah Ketiga : 1 unit Keychain & 1 Beg Serbaguna IKEA





Hadiah Keempat : 1 unit Keychain & 1 Beg Serbaguna IKEA




Hadiah Kelima : 1 unit Keychain & 1 Beg Serbaguna IKEA



Thanks for reading :)

Selamat mencuba !!!



Tuesday, July 10, 2012

First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012

Assalamualaikum?? Salam sejahtera !!



Teruja tak dengan tajuk entry ni ? Kalau anda teruja Sha lagiiiiiiiiii lah double triple teruja. Harap anda akan stay tuned, stay alert, stay awake dan yg sewaktu dengannya kerana Sha akan lancarkan First Giveaway sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012 yg bakal berlangsung pada hari Sabtu ini, 14 Julai 2012.

Bila First Giveaway akan dilancarkan ???

Mungkin Sha akan lancarkan First Giveaway ini pada esok hari atau mungkin lusa atau mungkin pada hari Jumaat ni atau mungkin pada hari Sabtu ketika Sha menghadiri Blogopolis itu!! Tungguuuuu !!

OK cakap banyak tak mau.... Sha tempek sedikit hint untuk First Giveaway iini :)

  


Hadiah lain? Ada lagi tau. Tungguuuuuuuuu :)