Monday, December 31, 2012

iPhone 5 Gadget Impian

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sesungguhnya ketika entry ini disiapkan, frasa iPhone 5 Gadget Impian adalah satu frasa yang begitu sinonim dengan blog DENAIHATI yang sememangnya terkenal dengan tagline Hidupkan Untuk Memberi. Jika hashtag #MyWishIn2013 dan #NewYear menjadi trending di Google.com, hashtag iPhone 5 Gadget Impian tetap menjadi pujaan hatiku. Sebelum Sha menutup tirai tahun 2012 yang cemerlang ini Sha berharap agar iPhone 5 Gadget Impian akan menjadi milik Sha. In shaa Allah. Adakah anda masih bersama dengan Sha? Adakah anda ingin merealisasikan hasrat Sha untuk menggenggam iPhone 5 Gadget Impian? Tepuk dada tanya selera.


Satu ketika dahulu Sha pernah gagal untuk memposisikan entry di dalam Search Engine Results Page (SERP) di dalam Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012. Entry penyertaan Sha untuk Contest SEO tersebut tidak berada di Google First Page mahupun di Second Page. Walau bagaimanapun kegagalan itu tidak mematahkan semangat juang Sha untuk mencuba dan terus mencuba di dalam Contest iPhone 5 Gadget Impian ini. Uniknya contest ini ialah ia tidak berunsurkan Search Engine Optimization (SEO) semata-mata malah terdapat pelbagai jenis tugasan dan cabaran yang perlu dilakukan oleh setiap peserta. Jika kami tersilap langkah pasti impian untuk memenangi iPhone 5 Gadget Impian musnah begitu saja. Harus diingat kerana hadiah yang di tawarkan oleh blog DENAIHATI bukanlah hadiah yang biasa-biasa tetapi seunit iPhone 5 16GB (Harga iPhone 5 Malaysia RM2190) yang menjadi taruhan di dalam contest iphone 5 Gadget Impian ini. Adakah anda turut teruja seperti Sha? Atau anda rasa macam nak belikan Sha iPhone 5? Hey nanti dulu!

Alhamdulillah Sha bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah berjaya menempatkan diri di dalam kelompok blogger yang bakal memenangi iPhone 5 Gadget Impian. Sejujurnya semua 84 orang blogger yang telah terpilih mempunyai impian yang sama iaitu untuk memenangi iPhone 5 Gadget Impian. Hai siapa yang tak mahu iPhone 5 kan? Tipulah jika kita masuk satu contest tapi tidak mahu menang hadiah yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun rezeki itu adalah ketentuan Allah Taala. Semua peserta mempunyai kebarangkalian yang sama dan mempunyai peluang yang sama di dalam contest iPhone 5 Gadget Impian ini. Jika iPhone 5 itu bukan rezeki Sha sekurang-kurangnya Sha telah berani untuk mencuba. Hidup kena berani gagal !

Pada peringkat permulaan pertandingan iPhone 5 Gadget Impian, setiap peserta dikehendaki untuk memasang button G+1 di blog masing-masing. Satu entry tentang iPhone 5 yang bertajuk iPhone 5 Gadget Impian perlu dibuat dan setiap peserta perlu publish entry penyertaan tersebut selewat-lewatnya pada jam 11.59 malam 6/11/12 untuk bersaing di dalam contest iPhone 5 Gadget Impian.

Peserta juga dikehendaki untuk menyenaraikan kesemua entry iPhone 5 yang ada di blog DENAIHATI.


Senarai entry iPhone 5 yang ada di blog DENAIHATI.

credit gambar : DENAIHATI


Kenapa Sha minat sangat dengan iPhone 5 ?

Gadget keluaran Apple bermatlamat untuk memasarkan sekurang-kurangnya 8 produk baru sebelum tahun 2012 berakhir. Produk yang dimaksudkan ialah iPhone 5, iPad Mini, iPod baru dan komputer Mac yang terkini. Apabila Apple melancarkan iPhone 5 pada bulan September baru-baru ini tentunya ia menjadi rebutan setiap penggemar produk Apple di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khususnya. Kalau ada good network dan ada duit lebih bolehlah minta rakan belikan iPhone 5 USA tapi jika apa pun tak boleh maka tunggu saja iPhone 5 dijual secara rasmi di Malaysia.

Sha minat sangat dengan iPhone 5 sebab iPhone 5 mempunyai spesifikasi yang lebih bagus dan lebih baik selain dari rekabentuknya yang lebih nipis dan lebih ringan berbanding iPhone 4S. iPhone 5 yang didatangkan dengan new metal body ini hanya mempunyai berat 112g sahaja, menjadikannya telefon pintar paling ringan berbanding iPhone 4S, Samsung Galaxy S3 mahupun HTC One X. Nanti kejab. Walaupun iPhone 5 bukanlah telefon pintar paling nipis di dunia kerana ketebalan iPhone 5 ialah 7.6mm akan tetapi jika kita gabungkan kedua-dua ciri lebih ringan dan tidak begitu nipis maka sudah pasti ia ibarat memegang henpon sambil melambai-lambai bak Permaisuri. Gitu.


Pemprosesan yg digunapakai di dalam iPhone 5 iaitu iOS6 tentulah pemprosesan yg paling terkini dan berfungsi dengan lebih pantas lagi. Contohnya tiada gangguan ketika kita lakukan multitask yakni ketika kita menggunakan pelbagai aplikasi telefon pintar pada satu-satu masa. 

Lagi pun iPhone 5 lebih popular berbanding telefon pintar yg lain. Oleh itu secara automatiknya Sha ingin masuk di dalam golongan pengguna telefon pintar yg menggunakan iPhone 5. Sha minat dengan iPhone 5 sebab ia mempunyai ciri-ciri 4G, oleh itu liputan rangkaiannya lebih luas lagi.

Antara sebab-sebab yg lain ialah Sha ingin memiliki iPhone 5 melalui contest yg dianjurkan oleh blog Denaihati. Macam konsep bercinta selepas kahwin, kita kena ada niat untuk memilikinya terlebih dahulu kemudian barulah kita akan meminatinya, sama juga dengan iPhone 5 ni, Sha kena ada niat untuk memenanginya melalui contest ni, kemudian pasti Sha akan minat sangat dan terus jatuh cinta dengan iPhone 5. Ihiks

Selain itu dengan adanya iPhone 5 dapatlah Sha download dan mengguna pakai aplikasi iPhone Zabihah bagi memudahkan urusan mencari restoran yg menjual makanan halal dan untuk mencari lokasi masjid ketika berada di luar negara. 

credit gambar : Google

Apa pun ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada blog DENAIHATI dan juga sepuluh blog budiman yang lain yang telah menjadi penaja contest ini !!


Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran blog DENAIHATI ini turut di taja oleh eQurban.comStudioAksara.comAbangEnsem.comAriffShah.comEizil.comSweetkurma.comServerfreak.com, Noehas.com, Anarm.net dan Denai.my.


Nevertheless, demi kepentingan bersama, bak kata omputih, for mutual benefits, Sha telah membuat satu Giveaway yg bertajuk iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com dan ia telah pun berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah. Wang tunai RM50 dan barangan IKEA menanti pemenang yang bertuah. Berikut adalah senarai peserta iphone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com Giveaway 

Terima kasih kerana sudi membaca entry penyertaan Sha ini. Sha berharap agar anda di luar sana sudi menyokong Sha demi merealisasikan hasrat untuk memiliki iPhone 5 Gadget Impian. Amin.

contest iphone5 300x250 Banner

Saturday, December 29, 2012

Hello baby!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Awal pagi semalam ketika Sha dan enchek hubby belum menghantar Damia ke rumah pengasuh, kami sempat mandikan Damia sebab pampers beliau basah lagi. Hehe. Sekali harunglah bila ganti lampin terus aje mandikan beliau. So to be short, lepas dah pakaikan baju beliau tak mahu enchek hubby sikatkan rambut beliau dan minta Sha yg sikatkan. Dialog seperti begini.....

Damia : NANAK ABAH IKAT (tak nak abah sikat rambut)
Sha : Kenapa Mia tak mo abah sikat rambut?
Damia : ...... diam je sambil pandang muka abahnya
Sha : Mia, Mia tahu tak dulu-dulu kan masa Mia baby masa tu Mia duduk dalam perut ibu ni (sambil Sha tunjuk perut Sha), Abah selaluuuu cakap... "Hello Baby.. Hello Baby... "
Damia : ..... tengok aje perut Sha... sambil jeling-jeling kat abahnya
Sha : Bila abah hantar ibu pergi kerja , abah cakap "Bye Baby....Assalamualaikum..." Lepas tu abah pegang perut ibu.
Damia : ......... diam dan buat muka serius....
Sha : Bila ibu dah balik kerja , bila abah ambik ibu kat office kan, abah cakap.. "Assalamualaikum... Hello Baby... " Abah sayang kat Damia tau....
Damia : ... diam lepas tu terus sondol-sondol muka dia ke perut Sha..... 

hehehehe.... speechless sangat masa tu.... Tak sangka reaction Damia gitu ala-ala nak masuk balik ke dalam perut Sha ni. Hehe...


salah satu gambar ketika pregnant..huhuhu

Monday, December 24, 2012

senarai peserta iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com Giveaway

Assalamualaikum?

Hello lovelies maaf ye lambat benar untuk Sha update senarai peserta Giveaway sempena iPhone 5 gadget impian yg bakal berakhir pada malam ini. Sorry seems to be the hardest words ..perghhhh tiba tiba menyanyi pulak kat sini. Hikhikhik. Okay jom lihat senarai peserta iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com Giveaway. Checkitouttttt !!! 

1. http://www.mohdnoorshawal.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html

2. http://www.ecadwinkyasha.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html

3. http://geeazielove4eva.blogspot.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html

4. http://ohthrillers.blogspot.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html

5.http://syaisya.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian-sharidawati-blogspot-com-giveawayati-blogspot-com-giveaway.html

6. http://www.fazrol.com/2012/12/giveawaykaksha.html

7. http://mairasukacgl.blogspot.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html

8. http://akmaomar.com

HADIAH GIVEAWAY:-
Hadiah utama : Wang tunai RM50 x 1 pmenang
Hadiah Kedua : Barangan IKEA bernilai RM20 x 1 pemenang 
Hadiah Ketiga : Barangan IKEA bernilai RM10 x 1 pemenang
Hadiah keempat : Barangan IKEA bernilai RM10 x 1 pemenang
Hadiah kelima : Barangan IKEA bernilai RM10 x 1 pemenang

Tunggu next entry untuk keputusan GIVEAWAY :))

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada kesemua peserta Giveaway dan Sha ucapkan Good Luck! ^_^


Friday, December 7, 2012

iPhone 5 Gadget Impian Sharidawati.blogspot.com GIVEAWAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera, nampaknya persaingan dalam contest iPhone 5 Gadget Impian yg dianjurkan oleh blog Denaihati semakin hari semakin sengit. Dateline yg diberikan oleh penganjur contest semakin lama semakin dekat tup-tup tinggal kurang dari 17 hari dari sekarang. Semakin lama semakin sukar untuk Sha posisikan blog Sha di Google First Page ataupun di laman pertama carian Google. Cabaran untuk meningkatkan click Google+ dan cabaran untuk menjadi Blogger Paling Hebat juga semakin terasa bahangnya. Wah dah macam Anugerah Bintang Popular pulak. Muehehe. Oleh itu, dengan niat untuk memberi persaingan yg sihat, Sha telah menganjurkan GIVEAWAY ini.

iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com GIVEAWAY

Syarat-syarat GIVEAWAY:-

1) Terbuka kepada semua individu sama ada memiliki blog atau tidak. Jika anda tidak mempunyai blog, anda boleh menggunakan akaun Facebook.

Mekanisme GIVEAWAY

Kepada individu yg mempunyai Blog:-

a) Buat satu entry bertajuk "iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com GIVEAWAY" 
b) Letakkan permalink entry ini di dalam entry anda "iPhone 5 Gadget Impian sharidawati.blogspot.com" 
d) Undi blog sharidawati.blogspot.com sekurang-kurangnya satu kali di entry ini http://denaihati.com/iphone-5-blogger-paling-hebat . Terpulang pada anda untuk memilih 2 blog yg lain.
e) Letakkan permalink entry penyertaan anda di petak komen di bawah.
f) Tarikh tutup penyertaan : pada 20 December 2012

Kepada individu yg tidak mempunyai Blog:-

a) Letakkan link ini http://www.sharidawati.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html di status Facebook anda setiap hari bermula dari hari ini 7 December 2012 sehingga 24 December 2012.
b) Like facebook fanpage ini https://www.facebook.com/sharidawati 
d) Undi blog sharidawati.blogspot.com setiap hari bermula dari hari ini 7 December 2012 sehingga 24 December 2012 di sini http://denaihati.com/iphone-5-blogger-paling-hebat. Terpulang pada anda untuk mengundi 2 blog yg lain kerana setiap satu undian, anda harus memilih 3 blog yg berlainan.

HADIAH GIVEAWAY:-
Hadiah utama : Wang tunai RM50 x 1 pmenang
Hadiah Kedua : Barangan IKEA bernilai RM20 x 1 pemenang 
Hadiah Ketiga : Barangan IKEA bernilai RM10 x 1 pemenang
Hadiah keempat : Barangan IKEA bernilai RM10 x 1 pemenang
Hadiah kelima : Barangan IKEA bernilai RM10 x 1 pemenang

Mekanisme Pemilihan Pemenang
Sha akan menyenaraikan kesemua peserta GIVEAWAY ini dan pemenang akan dipilih berdasarkan random.org 


Saturday, December 1, 2012

Harimau Malaya Mengaum lagi



Assalamualaikum?

Ok tak mau citer banyak cuma sebagai peminat bola sepak kita kenalah redha dengan apa jua keputusan pada perlawanan piala AFF Suzuki malam ini. Tanyalah pada mana-mana rakyat Malaysia, for sure mahukan kemenangan buat team Malaysia yakni Harimau Malaya. Tetapi jika garuda yg menang,mmmm mungkin ada lagi usaha yg perlu dilakukan oleh pengurusan FAM. Fullstop. 
Aahaha tetibe seriyes pulak ayat-ayat Sha ek? Wakakaka. Bukan ape kadang-kadang tu bila Harimau Malaya kalah je, uols blame itu, blame ini macam-macamlah yg di condemn sampaikan isu Apek Khairul Fahmi nak kahwin pun boleh masuk suratkhabar. Huhuhu.

Anyway all the best untuk team Harimau Malaya. Ketika entry ini di taip Harimau Malaya sudah menjaringkan 2 gol di minit 26 dan minit 29 oleh Azamudin dan Mahali. Aummmmmm!!!
Published with Blogger-droid v2.0.9