Dimulakan dengan Bismillah,
Disudahi dengan Alhamdulillah,
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah-mudahan dirahmati Allah
Hari ni bermula lah tugas baru th3b0r3dsha di tempat keje. Pagi2 td th3b0r3dsha dah kene masuk 'meeting' dengan boss Q Partner Travel & Tours..Ada En Fauzi, Pak Syed, Hairul dan Pak Rasyid. Dah la th3b0r3dsha kelewatan tadi pagi..Huah Huah Huah....
Th3b0r3dsha dah tahu intipati meeting ni sebab Puan Fathilah ada highlight tentang new project ni sejak sebelum cuti raya lagik..:))
Tugas barunya ialah th3b0r3dsha akan mula jadi agent untuk pakej Umrah... Alhamdulillah, Mana tahukan lepas2x ni ada rezeki yg lebih untuk th3b0r3dsha pergi buat umrah dengan famili? Aminnn Ya rabbalalamin :))
Masjidil Haram |
Tapi thats not the important point, people. The main point is pahala yg th3b0r3dsha dapat tumpang sama bila hantar muslimin dan muslimat pergi menunaikan ibadat umrah ke Mekah Al Muqaramah. InsyaAllah. Aminnn Yarrabalalamin :))
Sebenarnya Q Partner Travel & Tours dah lama buat pakej umrah ni sejak syarikat ni diterajui oleh PKSD Travel & Tours Sdn Bhd lagi. So bila dah diambil alih oleh Q Partner ni, pakej ni diteruskan oleh pihak pengurusan yang baru. Sebelum-sebelum ni pun th3b0r3dsha ada pelanggan yang beli pakej umrah tapi masa tu kami jadi agent kepada syarikat Triways ~ kami jual pakej umrah mereka. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan th3b0r3dsha dah tahu selok-belok sedikit sebanyak di dalam urusan pakej umrah ni.
Cuma th3b0r3dsha dan gang2x yang lain di Q Partner akan diberikan briefing yang lebih lanjut pada awal minggu hadapan. Tak sabar rasanya !!!! So selepas ni barulah lengkap kot 'portfolio' th3b0r3dsha sebagai 'tour consultant' ..Agak kot? Hahahaha.. Wish me luck, darlings :))