Showing posts with label MasterChef Celebrity Malaysia. Show all posts
Showing posts with label MasterChef Celebrity Malaysia. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

MasterChef Celebrity Malaysia 2012 IPad dan Speaker

Assalamualaikum ?? Salam Sejahtera !!


Episod kali ini menyaksikan kelima-lima celebrity dikehendaki untuk menghasilkan menu masakan berdasarkan 5 buah lagu yg telah dipilih oleh Juri MasterChef Celebrity Malaysia. Setiap celebrity akan mendapat sebuah lagu. Juliza Adlizan ialah celebrity yg dipertanggungjawabkan untuk memilih lagu untuk dirinya sendiri, Soo Wincci, Dato Fazley, Farouk Husin dan Angah Raja Lawak. Fuhhhhhh bisa bonar ini tugasan, bukan?! Hahaha.

Kenapa Juliza Adlizan yg kena pilih lagu untuk keempat-empat celebrity yg lain? Hmmmmm ini adalah kerana beliau telah berjaya memenangi Ujian Peti Saji Misteri pada hari sebelumnya. So sudah terjawablah soalan kenapa diletakkan IPad dan Speaker di hadapan Juri Masterchef Celebrity Malaysia untuk Ujian Cipta Rasa kali ini, kan??? Pasang lagu di IPad, dengar di speaker dan masak!! Gitu :)



Juliza Azlizan telah memilih lagu Manis nyanyian Zainal Abidin. Sha berpendapat walaupun lagu yg beliau pilih itu agak cool dan rileks tetapi agak sukar untuk diterjemahkan kepada menu MasterChef Celebrity Malaysia. Bagi Sha jikalau seseorang itu agak complacent, yakni satu keadaan yg selesa maka tiada tekanan untuk beliau berusaha bersungguh-sungguh demi sesuatu kejayaan. Ternyata menu yg telah dihidangkan oleh Juliza iaitu Tropika Mania tidak begitu digemari oleh para Juri. 



Juliza Adlizan telah memilih Soo Wincci untuk lagu Dari Sinar Mata nyanyian Bumiputra Rockers. Pada pendapat Sha Juliza ingin mencabar kredibiliti Soo Wincci apabila memilih sebuah lagu Rock Kapak untuk Soo Wincci !! Amoi tu sudah tentu tak pernah dengar lagu rock tersebut, bukan? Huhu.. Tetapi Soo Wincci telah berjaya membuktikan kepada semua bahawa beliau seorang celebrity yg profesional dan sanggup menerima apa jua cabaran. Kreativiti beliau terserlah apabila menu masakan beliau mendapat pujian dan seterusnya melayakkan beliau menjadi celebrity pertama yg layak ke FINALIS MasterChef Celebrity Malaysia. Beliau menamakan menu masakannya Dari Sinar Mata. Tahniah Soo Wincci !!!! *WinkWink*







Juliza Adlizan telah memilih lagu Tamil untuk tugasan Dato Fazley. Kesiannya........ Dalam hati Dato Fazley mintak sangat supaya Juliza tidak memilih beliau untuk lagu Tamil tersebut. Nasib badan...... Walau bagaimanapun Dato Fazley berjaya menyiapkan menu masakan yg beliau namakan Chicken Wellington Come To India. Wah wah wah.. ayam dari New Zealand terus ke negara India ye?? Hahaha.... Tapi kira okay sebab lagu Tamil tersebut mempunyai rentak yg rancak. Farouk Hussain siap joget-joget lagi bila dengar lagu tersebut. Hahaha......






Juliza Adlizan telah memilih lagu Apa Dah Jadi nyanyian Dato SM Salim untuk Farouk Hussain. Lagu tu is a bit catchy dan pasti akan menjadi siulan bagi sesiapa yg mendengarnya, kan?? Farouk telah menyediakan hidangan Popiah dan menamakan menu masakan itu 'Apa Dah Jadi'. Kreatif sungguh Farouk ni. Pada pendapat Sha Farouk seorang celebrity yg versatile dan tagline yg amat sinonim dengan peribadi beliau ialah "Think Out Of The Box". Huhuhu....






Angah Raja Lawak sangat gembira tatkala mendengar lagu Dan Sebenarnya nyanyian Yuna itu dimainkan. Angah bertambah-tambah gembira apabila nama beliau telah disebut oleh Juliza Adlizan untuk lagu tersebut. Hahahaha. Angah lantas terfikir akan jiwa remaja yg suka makan steak dan kaitkan dengan lagu cinta itu. Huhuhu... Not Bad lahhhhh Angah ni. Beliau menamakan menu masakannya Dan Sebenarnya. :)




Penghujung episod ini menyaksikan Soo Wincci adalah celebrity pertama yg berjaya melayakkan diri ke FINAL MasterChef Celebrity Malaysia 2012. Maka dengan itu keempat-empat celebrity yg lain akan berada di pentas untuk Ujian Penyingkiran untuk episod seterusnya. Stay tuned !!!!

Tuesday, July 3, 2012

MasterChef Celebrity Malaysia 2012 : LEMPENG

Assalamualaikum????



Hi lovelies !! In case You All missed episod pada hari Ahad baru-baru ini yakni Episod Penyingkiran yg menyaksikan Tomok menjadi peserta yg terkeluar so bolehlah baca entry ini. Huhu..

Sob..Sob..Sob.. Sedih worrrr bila nama Tomok yg disebut oleh Chef sebagai celebrity yg kesepuluh tersingkir di dalam MasterChef Malaysia 2012. Sebabnya ?? Sebabnya masakan-masakan yg pernah beliau sediakan sebelum ni kira not bad jugaklah kan. Haha.... Tapi kuasa mutlak di tangan ketiga-tiga Chef. :)

Oh ye pada Episod Penyingkiran kali ini, celebrity yg telah kalah pada cabaran semalamnya ialah Tomok, Farouk dan Angah Raja Lawak. Mereka bertiga ialah celebrity yg telah mendapat markah paling rendah di dalam episod 'Sentuhan Diva' pada hari Sabtu baru-baru ini.

So untuk Episod Penyingkiran ini yakni Cabaran Sajian Pantas, ketiga-tiga celebrity perlu menyediakan Lempeng. Gitu. Huhuhu.... Nampak macam mudah kan tapi belum tentu hidangan tu memikat hati para Juri MasterChef Celebrity Malaysia. Gitu.

Tomok pernah memasuki Ujian Penyingkiran sebanyak 7 kali dan pada kali ketujuh itu beliau telah tersingkir dari pentas MasterChef Celebrity Malaysia 2012. Huhu...


Pada episod tersebut Farouk telah menyediakan Lempeng Beri-Beri. Antara komen-komen yg telah diberikan oleh Juri ialah lempeng telah dimasak secara sempurna yakni tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Farouk turut mendapat pujian apabila sos blueberry dan sos strawberry yg telah dimasak dengan susu itu menepati citarasa lempeng itu sendiri. Fuhhhhhh... terliur sekejab bila tengok hidangan yg beliau sediakan. Apabila ditanya, Farouk memberitahu Chef bahawa dia telah menggunakan butter, gula, tepung naik sendiri dan telur untuk menyediakan lempeng tersebut. Tahniah Farouk!!



Manakala Tomok telah menyediakan Lempeng bersama Sos Mangga, Strawberry, Choklat dan Buah-Buahan. Namun Chef telah memberi komen yg agak negatif kerana tekstur lempeng yg agak keras. Apabila ditanya, Tomok memberitahu Chef bahawa dia telah menggunakan tepung naik sendiri, tepung gandum, baking powder dan telur. Mungkinkah disebabkan penggunaan tepung naik sendiri bersama-sama dengan baking powder telah menyebabkan tekstur lempeng tersebut menjadi sedikit keras? 



Angah Raja Lawak pula telah menyediakan Lempeng Sambal Ikan Bilis 'Rolling Stone'. Sha kat depan tv tu rasa teruja je tengok kan sambal ikan bilis tu pulak is my favourite dish gitu. Haha...Tetapi nasib Angah juga tidak berapa baik pada episod itu kerana sambal ikan bilis yg telah disediakan agak pedas. Hmmmmm..... susah jugak kan ??? Huhu... 



  kredit gambar kepada : akaun facebook MasterChef Malaysia

Saturday, June 30, 2012

MasterChef Celebrity Malaysia 2012 : Kari Ini Hari

Assalamualaikum???


Hi lovelies....!!!! Siapa yg tengok episod yg menyaksikan penyingkiran pelakon muda Jehan Miskin di dalam MasterChef Celebrity Malaysia 2012? Jika anda salah seorang darinya sila angkat 'kening' sekarang!! Ahaks !! OK seperti yg semua sedia maklum, Kumpulan Biru yg diwakili oleh Juliza Azlizan, Farouk, Soo Wincci dan Jehan Miskin ialah kumpulan yg kalah di dalam Cabaran Sajian Luar pada hari sebelumnya. Kumpulan yg memenangi Cabaran Sajian Luar tentulah Kumpulan Merah yg diwakili oleh Azwan Ali, Dato Fazley, Tomok dan Angah Raja Lawak. Ternyata ungkapan 'less is more' sangat sesuai buat Kumpulan Merah kerana hiasan menu yg dihidangkan menepati kehendak keempat-empat juri serta menggunakan teknik 'plating' dan dekorasi yg tidak keterlaluan.

Kumpulan Biru yg terpaksa memakai apron bewarna hitam di Episod Penyingkiran. 


OK lah kita tinggalkan cerita di sebalik episod Cabaran Sajian Luar. Sha terus cerita tentang Episod Penyingkiran ye ohhhhh sedih gak bila terkenangkan nasib Jehan Miskin yg sudah terkeluar dari gelanggang MasterChef Celebrity 2012. Hmmmmmmmm tetapi apakan daya, Kari Ayam yg beliau masak bersama dengan Butter Rice tidak menepati citarasa pihak Juri. Sayang seribu kali sayang. Sebenarnya Juliza Azlizan turut berada di ranking bawah namun pihak Juri telah sepakat untuk memilih Jehan sebagai selebriti yg terkeluar. Juliza telah menyediakan Kari Kurma Ayam, Nasi Tomato dan Acar Rampai.

Bukan mudah untuk bertahan kerana keempat-empat selebriti dikehendaki untuk menyediakan rempah kari sendiri. Fuhhhhh berpeluh Sha kat rumah tengok Ujian Penyingkiran kali ini sebab kalau setakat masak kari dengan menggunakan rempah kari Adabi ke, rempah kari Mak Siti ke, rempah kari Alagappas ke, anytime Sha boleh masak kari kan ...tapi kali ni 'no ready made' rempah kari. Haaaaaa....hamek. :))

Sebenarnya bahan-bahan untuk membuat rempah kari tak susah sangat pun. Huhuhu... Kita cuma perlu blend kan ataupun kisarkan halba, jintan manis, jintan putih, buah pelaga dan ketumbar. Ia perlu dimasak bersama serbuk cili, serbuk kunyit, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Haaa.. Gitu. Oh ye bahan-bahan tadi ialah bahan untuk rempah kari tapi jangan lupa untuk sediakan bahan menumis seperti bawang, halia dan daun kari ye!! :)) Apabila pes yg dikisar telah di masak bersama rempah kering dan bahan menumis tadi maka teruskan dengan langkah seterusnya untuk memasak kari. Selamat mencuba !!! Eheks..


Anyway Sha still happy sebab Soo Wincci masih kekal di dalam gelanggang MasterChef Celebrity 2012 !! :))

Monday, June 18, 2012

Burger Bakar Kaw Kaw Sect 2 Wangsa Maju

Assalamualaikum???



Hai lovely... heeeeeeee You All nak tahu tak, kebelakangan ni, aura masak-memasak dah menjelma dalam badan Sha lah. Ahaks!! Al-maklumlah kaedahnya MasterChef Celebrity tengah jadi trending kat Malaysia sekarang. Wakakaka... Anyway siapa yg tonton episod MasterChef Celebrity Malaysia malam tadi? Seperti yg semua sedia maklum episod malam tadi ialah episod Ujian Sajian Pantas yakni Ujian Penyingkiran yg kita semua tunggu-tunggu. 

Biasalahkan, Sha dulu pun masa belajar kat sekolah dan kat universiti, perkara yg Sha sangat teruja dan tak sabar nak buat ialah ujian dan peperiksaan. Gitu!! Bukan apa, bila kita jalani ujian atau peperiksaan maka kita akan tahu standard dan status kita kat mana. You All bayangkan ye, hari-hari kita bawa beg sekolah seberat 10 tan metriks dan hari-hari kita belajar kat dalam kelas so semestinya at the end of the day matlamat kita ketika itu ialah untuk menjawap ujian dan peperiksaan sebaik mungkin. Dah belajar belajar belajar so kita serangggg dalam exam. Muahahaha.... Gitulah kaedahnya.

So tiap-tiap minggu Sha sangat teruja nak tahu siapakah celebrity yg bakal tersungkur di dalam Ujian Penyingkiran dan akan terkeluar dari pertandingan MasterChef Celebrity Malaysia tu. Haaaaaaa.. so? So Raja Azmi ialah celebrity yg terkeluar malam tadi dan boleh dikatakan beliau sendiri kurang berkeyakinan apabila dapat tahu resipi yg ditetapkan di dalam Ujian Penyingkiran kali ini adalah resipi dari Chef Zam yg sememangnya terkenal dengan menu pencuci mulut atau 'desserts'. So bila dah kurang yakin dengan diri sendiri maka berkemungkinan besar menu pencuci mulut yg Raja Azmi sediakan tidak lahir dari hati. May be?? Juri-juri MasterChef Celebrity Malaysia telah sepakat untuk memilih Raja Azmi sebagai celebrity yg tersingkir pada malam tadi.

Enough said. Daripada Sha nak cerita pasal Burger Bakar Kaw Kaw dan nak cerita pasal kerajinan Sha untuk memasak terus Sha cerita pasal Raja Azmi kan kat sini. Hamek. 

OK sebenarnya Sha nak minta You All stay tuned sebab ada banyak cerita makan-makan yg akan Sha taruk dalam blog ni. Kira ala-ala Food Blogger lah kaedahnya. Muehehe. Pemberitahuan Gitu.

Sebenarnya dah berbulan-bulan juga gambar Burger Bakar Kaw Kaw Sect 2 Wangsa Maju tersimpan dalam phone Sha. Haaaaaaaa akhirnya hari ni Sha nak tempek gambar burger bakar kaw kaw tu walaupun Sha pasti hampir kesemua orang dah pernah makan burger bakar kaw kaw ni. Ngeh3x...... 

Rakan sekerja Sha di Reliance dulu. Kali kedua beliau jumpa Damia.


Daging Burger Bakar Kaw Kaw yg sangat juicy dan nyummeh. Marvellous You All :)


Enchek hubby menunggu 2 jam 30 minit untuk Burger Bakar Kaw Kaw Sec 2 Wangsa Maju

  
   

        

Saturday, June 16, 2012

First Page in Google Search

Assalamualaikum ???



Hello lovely ??? Happy weekend !!!! *wink*

Hari ni Sha nak share dengan You All tentang artikel Sha berkenaan MasterChef Celebrity Malaysia yg masih kekal di muka pertama Carian Google Malaysia. Dah beberapa hari Sha perasan perkara ini tapi bila hari-hari Sha check ia masih kekal di muka pertama Carian Google atau Google Search. Alhamdulillah. 

Mungkinkah kerana Sha bermain dengan Search Engine Optimization atau SEO di dalam artikel berkenaan? Hummmm .. mungkin. Walau bagaimanapun keadaan sebegini boleh bertukar pada bila-bila masa dan mungkin sekejab lagi akan ada artikel lain yg berada di muka pertama Carian Google. Biarlah. Let it be. Semua artikel mempunyai peluang yg sama untuk berada di muka pertama Carian Google. Tak gitu?? :)


entry berkenaan MasterChef Celebrity Malaysia 


Kepada readers yg mahu menguji kehebatan di dalam bidang memasak bolehlah datang ke ujibakat MasterChef Malaysia yg berlangsung pada hari ini dari jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang di Taylor's University Lakeside Campus, Subang Jaya. All the best ye !!!!!
  

Thursday, June 7, 2012

MasterChef Celebrity Malaysia : Bubur Nasi

Assalamualaikum???



Hai lovely. Isnin baru-baru ni Sha penat sangat. Capek. Flat. Exhausted. Sakit satu badan :( 
Hamek.

Hari ahad sebelumnya Sha, enchek hubby dan Damia pulang ke KL dari Pulau Pinang. Jika ada follower Twitter Sha di sini dan terbaca tweet-tweet Sha yg ala-ala meroyan tu, maafkanlah saya ye?? Ahaks. Yup kami menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu enchek hubby di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kendurinya jatuh pada hari Sabtu dan pada hari Ahad tu kami pergi ronggeng ke Pulau Pinang. *woot*woot*

Page pertama bebelan Sha di Twitter. Ngeh3x.... Alah luahan rasa je tu...


Page kedua bebelan Sha di Twitter :)



Punca meroyan? A bit frust dengan isu tentang kesesakan kenderaan di PLUS Highway. Satu isu yg dah basi tapi bagi Sha ia sesuatu isu yg perlu ditangani secara total. Faktanya kuantiti kenderaan yg bertambah setiap tahun. Badan berwajib perlulah fikirkan solusinya. Pheww....Tu belum Sha tempek gambar kereta yg potong queue kat PLUS highway tu kan? Muahahaha.... *EdisiSiasatTV3*

OK so back to topic. 

Disebabkan penat mengharung kesesakan lalulintas di highway so Sha declare cuti pada hari Isnin baru-baru ni. Thank you Boss sebab memahami keadaan saya yg tak berapa nak superwoman. Ahaks.

So disebabkan hilang mood dan tak larat maka menu makan tengah hari Sha pada hari Isnin yg lepas ialah Bubur Nasi. Hiks. Stereotype sungguhkan?? Bila sakit-sakit cari bubur nasi !! Hahaha... Sha taruk daging kisar, ubi kentang dan taburlah ikan bilis goreng. Marvellous. Dah boleh masuk Masterchef Malaysia kot??? Ahaks. *ambitious*

Bubur Nasi edisi MasterChef Celebrity Malaysia. Sekarang ni Sha sokong Soo Wincci sebab Siti Sarah Raisudin dah terkeluar. Huhuhu....