Showing posts with label Lempeng. Show all posts
Showing posts with label Lempeng. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

MasterChef Celebrity Malaysia 2012 : LEMPENG

Assalamualaikum????



Hi lovelies !! In case You All missed episod pada hari Ahad baru-baru ini yakni Episod Penyingkiran yg menyaksikan Tomok menjadi peserta yg terkeluar so bolehlah baca entry ini. Huhu..

Sob..Sob..Sob.. Sedih worrrr bila nama Tomok yg disebut oleh Chef sebagai celebrity yg kesepuluh tersingkir di dalam MasterChef Malaysia 2012. Sebabnya ?? Sebabnya masakan-masakan yg pernah beliau sediakan sebelum ni kira not bad jugaklah kan. Haha.... Tapi kuasa mutlak di tangan ketiga-tiga Chef. :)

Oh ye pada Episod Penyingkiran kali ini, celebrity yg telah kalah pada cabaran semalamnya ialah Tomok, Farouk dan Angah Raja Lawak. Mereka bertiga ialah celebrity yg telah mendapat markah paling rendah di dalam episod 'Sentuhan Diva' pada hari Sabtu baru-baru ini.

So untuk Episod Penyingkiran ini yakni Cabaran Sajian Pantas, ketiga-tiga celebrity perlu menyediakan Lempeng. Gitu. Huhuhu.... Nampak macam mudah kan tapi belum tentu hidangan tu memikat hati para Juri MasterChef Celebrity Malaysia. Gitu.

Tomok pernah memasuki Ujian Penyingkiran sebanyak 7 kali dan pada kali ketujuh itu beliau telah tersingkir dari pentas MasterChef Celebrity Malaysia 2012. Huhu...


Pada episod tersebut Farouk telah menyediakan Lempeng Beri-Beri. Antara komen-komen yg telah diberikan oleh Juri ialah lempeng telah dimasak secara sempurna yakni tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Farouk turut mendapat pujian apabila sos blueberry dan sos strawberry yg telah dimasak dengan susu itu menepati citarasa lempeng itu sendiri. Fuhhhhhh... terliur sekejab bila tengok hidangan yg beliau sediakan. Apabila ditanya, Farouk memberitahu Chef bahawa dia telah menggunakan butter, gula, tepung naik sendiri dan telur untuk menyediakan lempeng tersebut. Tahniah Farouk!!



Manakala Tomok telah menyediakan Lempeng bersama Sos Mangga, Strawberry, Choklat dan Buah-Buahan. Namun Chef telah memberi komen yg agak negatif kerana tekstur lempeng yg agak keras. Apabila ditanya, Tomok memberitahu Chef bahawa dia telah menggunakan tepung naik sendiri, tepung gandum, baking powder dan telur. Mungkinkah disebabkan penggunaan tepung naik sendiri bersama-sama dengan baking powder telah menyebabkan tekstur lempeng tersebut menjadi sedikit keras? 



Angah Raja Lawak pula telah menyediakan Lempeng Sambal Ikan Bilis 'Rolling Stone'. Sha kat depan tv tu rasa teruja je tengok kan sambal ikan bilis tu pulak is my favourite dish gitu. Haha...Tetapi nasib Angah juga tidak berapa baik pada episod itu kerana sambal ikan bilis yg telah disediakan agak pedas. Hmmmmm..... susah jugak kan ??? Huhu... 



  kredit gambar kepada : akaun facebook MasterChef Malaysia