Assalamualaikum?
Seronok betul rakyat Malaysia dengan barang percuma apatah lagi bila dapat peluang makan aiskrim Baskin Robbins secara percuma walaupun cuma diberi 1 scoop aiskrim je. Ehh siapa yg tak suka aiskrim Baskin Robbins, kalau dapat kat Sha pun Sha senyum sampai ke telinga! Hehe.
Tahniah sekali lagi pada Dato Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong di atas sumbangan pingat Perak dan Gangsa di Sukan Olimpik London. Tahniah juga pada Media Prima dan Baskin Robbins yg sudi menabur bakti pada rakyat Malaysia dengan memberikan aiskrim Baskin Robbins percuma pada 8 Ogos yg lalu. Wahhh cantiknya tarikh yg dipilih tu, ada ong ong lah tarikh tu! Ehehe.
|
Orang ramai beratur untuk mendapatkan free Baskin Robbins ice cream di Aeon Maluri. Ketika gambar ini dirakam, jam menunjukkan waktu 6.20 petang, yakni 1 jam 40 minit sebelum kaunter aiskrim percuma dibuka.
|
|
Bahagian dalam Aeon Maluri yg berhampiran dengan premis Baskin Robbins. Ramalan yg Sha boleh buat berdasarkan pemerhatian, terdapat kira-kira 88-128 orang yg sedang beratur pada ketika itu.
|
|
Sha : Ramainya orang yg beratur, bang. Jom kita join sama? Enchek hubby : Kita buka puasa dulu lah..... Sha : Oh okayyy... Damia : (i follow)
|
|
Walaupun Malaysia belum memenangi pingat emas di Sukan Olimpik London, namun Media Prima dan Baskin Robbins tidak lupa akan tanggungjawab sosial mereka. Malah bagi Sha Baskin Robbins dapat publisiti yg sungguh meluas gara-gara aiskrim percuma ini. Mana taknya, hampir semua orang 'share' berita ini di dalam wall Facebook masing-masing. Haha..
|
|
Its alright to do it after sunset. Kami makan Nandos pada hari tersebut.
|
|
Mula-mula Nandos Aeon Maluri fullhouse lepas tunggu 15 minit gitu baru ada kekosongan meja untuk kami. Sebelum tu kami makan bun & donut dulu untuk berbuka puasa. Muehehe.
|
|
Sukanya auntie ni dapat ice cream Baskin Robbins percuma. Huhu
|
Sha pernah sekali je makan ice cream Baskin Robbins itupun ex boss yg belanja di Baskin Robbins KLCC. Masa tu birthday ex boss dan kami keluar celebrate berempat. Setelah beliau belanja kami makan di Dome kami makan di Baskin Robbins pula. Teringat kata-kata beliau, 'I belanja Baskin Robbins lah so that you all can remember me'. Haha. Tepat sekali, beberapa bulan selepas tu beliau resign dan pastinya Sha masih ingat akan memori pada hari tersebut sampai sekarang! :)
|
Keluar je dari Nandos kami dapati orang yg beratur makin ramai dah macam beratur nak pergi tengok Konsert pulak. Hahaha
|
7 comments:
Assalamu'alaikum Dear?
Nasib la kita gi berbuka posa kan Dear? lagilah kenyang kalo nak dibandingkan dengan Eskrim Baskin Robin tu..hehehe
=]
your hubby.
Ramainya orang beratur untuk dapatkan ais krim. Nasib baiklah berbuka dahulu kalau tidak naya.
Gile ramaai bratur...sy mmg takkan sanggup la bratur mcm tu..hehe
nak beratur?? adessss.... lain hari laa sanggup beli
mak aii ramai gile..xsggup nk bratur..
Kalau nandos dan baskin robbin.... better layan NANDOS... kenyang perut senang hati
Dari petang dah ramai giler.. Tak sanggup nak beratoq cenggitu ;)
Post a Comment
Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!
Boleh? :))
Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!