Saturday, June 30, 2012

EURO 2012 : SPAIN vs ITALY Balotelli bakal memiliki Golden Boot

Assalamualaikum ??



Hello Helloooooo !!! Haaaaaa Sha bukanlah peminat EURO yg tegar ye tapi sejak first year di UUM Sha dah start layan EURO wa cakap sama lu. Kalau setakat tengok 'football match ' kat pantry hostel tu apalah sangat kan. Hahahahaa... Sha siap ada koleksi gambar 'favourite player' gitu! Tu semua zaman - zaman kegilaan ku pada team Azzuri yakni team Italy terutamanya terhadap player yg bernama Flippo Inzhagi. *CintaMonyet*

So untuk EURO 2012 Sha menaruh harapan yg tinggi buat team France untuk mara ke Final tapi nampak gayanya tak ada rezeki buat mereka kerana telah gagal ke peringkat Quarter Final. Ngeh3x.... Ohhh no worries ye. Jangan tak tahu yg Sha ada second favourite team dalam EURO 2012 dan team itu tak lain dan tak bukan adalah team Italy. *WootWoot* 
 
Walau bagaimanapun.......... kini no more Flippo Inzhagi yg bermain utk team Italy. Of course lah kan. Hahaha. Pemain yg paling menyerlah kini khabarnya ialah Mario Balotelli. Beliau dikatakan seorang pemain yg mudah marah dan turut diibaratkan sebagai ' underdog player ' kesan dari sikapnya itu.

Mario Balotelli

(sumber gambar : pakcik Google)


Hmmmmm...Tetapi...Balotelli yg turut bermain untuk kelab Manchester City ini sebenarnya adalah seorang penyerang yg berbisa kerana telah berjaya menjaringkan 2 gol ketika menentang Germany di peringkat separuh akhir dan seterusnya melayakkan team Italy mara ke peringkat akhir EURO 2012. Dasyat kan ?? 

Huhuhu... Walau macam mana susah pun seseorang 'Coach' nak handle seseorang player, yg penting, 'at the end of the day'  player tu berjaya membuktikan yg dia 'perform'.  Jika diikutkan jumlah gol tertinggi EURO 2012 setakat ini di antara team Spain dan team Italy, Balotelli mempunyai jumlah gol yg paling banyak yakni sebanyak 3 jaringan gol. Hopefully Balotelli dapat bawa balik Golden Boot. Ahaks...

So All the best untuk team Italy serta Coach mereka Cesare Prandelli. 

Azzuri Forever !!!! Hehehehe......

You All sokong Spain ke??? :)

MasterChef Celebrity Malaysia 2012 : Kari Ini Hari

Assalamualaikum???


Hi lovelies....!!!! Siapa yg tengok episod yg menyaksikan penyingkiran pelakon muda Jehan Miskin di dalam MasterChef Celebrity Malaysia 2012? Jika anda salah seorang darinya sila angkat 'kening' sekarang!! Ahaks !! OK seperti yg semua sedia maklum, Kumpulan Biru yg diwakili oleh Juliza Azlizan, Farouk, Soo Wincci dan Jehan Miskin ialah kumpulan yg kalah di dalam Cabaran Sajian Luar pada hari sebelumnya. Kumpulan yg memenangi Cabaran Sajian Luar tentulah Kumpulan Merah yg diwakili oleh Azwan Ali, Dato Fazley, Tomok dan Angah Raja Lawak. Ternyata ungkapan 'less is more' sangat sesuai buat Kumpulan Merah kerana hiasan menu yg dihidangkan menepati kehendak keempat-empat juri serta menggunakan teknik 'plating' dan dekorasi yg tidak keterlaluan.

Kumpulan Biru yg terpaksa memakai apron bewarna hitam di Episod Penyingkiran. 


OK lah kita tinggalkan cerita di sebalik episod Cabaran Sajian Luar. Sha terus cerita tentang Episod Penyingkiran ye ohhhhh sedih gak bila terkenangkan nasib Jehan Miskin yg sudah terkeluar dari gelanggang MasterChef Celebrity 2012. Hmmmmmmmm tetapi apakan daya, Kari Ayam yg beliau masak bersama dengan Butter Rice tidak menepati citarasa pihak Juri. Sayang seribu kali sayang. Sebenarnya Juliza Azlizan turut berada di ranking bawah namun pihak Juri telah sepakat untuk memilih Jehan sebagai selebriti yg terkeluar. Juliza telah menyediakan Kari Kurma Ayam, Nasi Tomato dan Acar Rampai.

Bukan mudah untuk bertahan kerana keempat-empat selebriti dikehendaki untuk menyediakan rempah kari sendiri. Fuhhhhh berpeluh Sha kat rumah tengok Ujian Penyingkiran kali ini sebab kalau setakat masak kari dengan menggunakan rempah kari Adabi ke, rempah kari Mak Siti ke, rempah kari Alagappas ke, anytime Sha boleh masak kari kan ...tapi kali ni 'no ready made' rempah kari. Haaaaaa....hamek. :))

Sebenarnya bahan-bahan untuk membuat rempah kari tak susah sangat pun. Huhuhu... Kita cuma perlu blend kan ataupun kisarkan halba, jintan manis, jintan putih, buah pelaga dan ketumbar. Ia perlu dimasak bersama serbuk cili, serbuk kunyit, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Haaa.. Gitu. Oh ye bahan-bahan tadi ialah bahan untuk rempah kari tapi jangan lupa untuk sediakan bahan menumis seperti bawang, halia dan daun kari ye!! :)) Apabila pes yg dikisar telah di masak bersama rempah kering dan bahan menumis tadi maka teruskan dengan langkah seterusnya untuk memasak kari. Selamat mencuba !!! Eheks..


Anyway Sha still happy sebab Soo Wincci masih kekal di dalam gelanggang MasterChef Celebrity 2012 !! :))

Wednesday, June 27, 2012

Tips Bersangka Baik Terhadap Manusia.

Assalamualaikum????


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Rasulullah bersabda : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" (HR. Muttafaqun alaihi.)

Dari : Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.


Sumber dari : akaun Facebook Ahmad Raje

Janganlah kita mudah berprasangka buruk terhadap insan lain, walaupun insan tersebut adalah orang kafir dan sebagainya. 


Friday, June 22, 2012

Program bersama Redmummy

Assalamualaikum ????



Hai lovelies........! Ada sesiapa yg nak masuk program ni? Haaaaaaaaa... program ni terbuka untuk readers blog Mak Merah kita tau. Kalau You All nak masuk dan mahu memeriahkan program ni silalah terjah blog Redmummy selalu yer kalau boleh hari-hari You All pergi terjah blog beliau supaya You All tak 'miss the boat' okey? Gitu. Kaedahnya Sha dah jadi macam PA kak Red yg tak bertauliah je ni ha!! Huhuhuhu... 

Sebenarnya Kak Red ada cerita sikit-sikit pasal program tu dalam entry blog beliau yg INI. Tak cerita banyak pun, baru 'muka buku' je tu haaaaa omputih cakap 'appertiser' gitu. Ahaks. So apa lagi 'challoh betty' marilah kita join perogram itu beramai-ramai ye doq???   


Haaaaaaa.... kat entry ni Sha tempek gambar pengantin yg Sha tak ter'snap' masa kenduri  yg dianjurkan oleh family Redmummy tempoh hari. Selamat Pengantin Baru to you both :)   Suka tak hadiah kahwin yg Sha kasi? hehehe

(Credit gambar : Blog Redmummy)


Yessssss ini dia gambar bersama Kak Red yg ku minta dengan izin dari blog Kak Red. Terima kasih buat photographer Redmummy yg sudi snap gambar ni. Kalau tidak hmmmmmmm langsung tak ada gambar ku pose dengan Kak Red kan? Hahahaha......Anyway Kak Red, your family's hospitality masa kenduri tu sangat bagus dan tip-top :))

Bergambar kenang-kenangan dengan blogger yg lain Nurul, Jai dan Zarul bersama Kak Red dan diriku bersama Damia. Kami datang pada waktu yg lebih kurang sama.   

(Credit gambar : Blog Redmummy)


Thursday, June 21, 2012

Contest Anjuran Bro Framestone dan Nando's Malaysia

Assalamualaikum???



Hello lovelies !!!!!!! This time round I want to dream big and win BIG !! Has you gals and guys out there ever heard about the Malaysia's Hottest Battle between Macho Kai and Harry Kok???

With the Nando's spirit of competition, Macho Kai and Harry Kok are challenging each other to become a CHAMPION !!!!!!! Ahahh !! You heard it right, its NANDOS ~ An Afro-Portuguese Peri-Peri Flame-Grilled Chicken Restaurants who is so determine to choose the CHAMPION !!!

I myself a supporter and a die-hard fan of Harry Kok becouse.......

1. I find that Harry Kok is more taller and slimmer than Macho Kai. Phewitttttttt!!! *BlinkingEyes*


2. I find that Harry Kok is more sexier in the Pole Dancing!  *ekhem*  *Melted*



3. I salute Harry Kok's golden words which is "Main thing is I want to win and show that I could do this".    Oh well, You're a Man, Harry Kok !!  

And also Harry Kok train himself to become a CHAMPION and he is doing a right thing !! 

*SmileyFace*






4. Harry Kok and green colour reminds me to a Greeny and a healthier Nando's Sidelines namely Spinach, Mucho Peas and Grilled Vegetables.  *NomNomNom*   *Yummylicious*

A vegetable a day keeps a doctor away! :))





5. Harry Kok and Nando's Spinach are unreplaceable and unresistable !!! Spinach is Popeye the Sailor Man's favourite food too. *WootWoot*



Lets support for Harry Kok !!!!! Yippie :))


Prizes sponsored by  : https://www.facebook.com/nandos.my

credit pictures to : https://www.facebook.com/nandos.my


Interested to join this contest? Pls visit THIS LINK now :)


   

Tuesday, June 19, 2012

PENANG Trip Part 2 : Gurney Plaza

Assalamualaikum???



Hai lovely? Mari Sha sambung kisah di Penang setelah kami bertiga naik feri. Are you ready ????? Hehehe...

Sesudah tiba ke pulau maka kami pun pusing-pusing lah cari port untuk breakfast. Naik keretalah tapi. :) 

Rasa best je drive kereta tatkala tiada traffic jammed kan? Hahaha... Sambil hubby drive kami borak-borak pasal Pulau Pinang yelah masing-masing ada pengalaman yg berbeza di Pulau Pinang. Gitu. Paling last Sha jejak kaki ke Pulau Pinang ialah kira-kira 6 tahun dulu yakni ketika Matta Fair Penang yg ketika itu berlangsung di Penang International Sports Arena atau PISA. Whoahhhh lama tu Sha tak jejak pulau kan? Haha...

Pusing punya pusing tak juga jumpa port makan. Haduyaiiii. Perut dah kebulur kaedahnya. Lepas tu niat di hati nak makan kat Padang Kota musnah bila dapat tahu ia hanya beroperasi pada lewat petang sehingga ke tengah malam. Hamek. Melepas Sha nak bedal pasembor kan? Ngeh3x..... End up kami pergi ronggeng kat Plaza Gurney. Hahahahahahahaha.... pergi jauh-jauh last-last lepak kat shopping mall gitu. Ahaks. Plan paling afdal kot sebab sah-sah keadaan dalam mall tu yg dingin sebab ada aircond kan? Kuikuikui..... OK lah jom layan gambar-gambar yg sempat Sha snap ye. :) Jom Jom Jom....


Gurney Plaza yg berhadapan dengan laut. Gurney Plaza tu is just a walking distance je dengan Padang Kota. End up kami breakfast di PASTAMANIA, Gurney Plaza.   


Masa kami pusing-pusing nak cari port breakfast tu kelihatan hari sudah mendung !!! Wuwuwu.... So breakfast di dalam shopping mall ialah satu pilihan yg bijak. Gitu. :)


Kami berdua makan Napolean Beef  dan Chicken Wing untuk Damia. Pizza kat Pastamania ni sungguh sedap dan cheesy :) Worth buying !!!   


Sha dan Damia nak buat aksi seperti margherita itu. Kuikuikui.....


Sedikit buah tangan dari Gurney Plaza . Woot-Woot :)

Selepas kami breakfast, kami tak 'kill the time' pun di Gurney Plaza tu. Kami just jalan-jalan di tingkat yg sama dan singgah dua tiga kedai yg menjual cenderamata yg sweet-sweet. Huhu. Tapi ada satu kedai tu memang syok sebab ada jual tali pinggang yg cantik lagi awesome. Gitu. Huhu. Nak tengok ke?

Lawa tak tali pinggang ni? Nun jauhhhh dibelinya ha. Ihiks.

Naik Feri Ke Pulau Pinang !!!

Assalamualaikum ???


Hellooooo lovely. Ihiks. Ingat lagi tak entry Sha pergi makan kenduri kahwin kat Pulau Pinang? Huhu. Tak ingat? Tak apaaaaa kalau tak ingatpun boleh baca entry ni ye. Enjoy !! :)

So kesinambungan kisah Sha di Pulau Pinang tentunya kami pergi naik feri. Kami menginap di Bukit Mertajam since kenduri kahwin di buat di sana yakni di tanah besar Semenanjung Malaysia. Kenduri kahwin diadakan pada hari Sabtu dan pada hari Ahadnya Sha, enchek hubby dan Damia meronggeng ke pulau. Awal-awal pagi kami dah say goodbye kat Pak Su dan Mak Su di Bukit Mertajam dan terus zasssssss ke jeti pelabuhan feri. Ohh ye family mentuaku terus balik ke KL dan tak join the club. Huhu. 

So al-kisahnya jika kita awal maka bolehlah elakkan kesesakan ketika nak menaiki feri. Gitu. Kereta kami hanya beratur kurang dari 5 minit dan sudah boleh menaiki feri. Kebiasaanya waktu menunggu untuk menaiki feri adalah lebih kurang 20-30 minit tau. Serious lama!

So jom layan gambar-gambar yg Sha snap utk tatapan You All :)


Masa ni kami masih kat dalam kereta. Gambar paling atas tu ketika tunggu untuk masuk ke dalam feri. Yippieeee. 


Ke Pulau Kita........Ke Pulau Kita.........Ke Feri Kita..........Ke Feri Kita.........Hahahaha. Gediks macam tak pernah naik Feri je Sha ni kan ? Padahal umur 4 tahun dah naik Feri dengan family.


Kereta-kereta sekalian sila beratur ye :) Sebelah belakang tu is Butterworth. Goodbye Butterworth !!!! :D 


So...hari Ahad tu ialah hari warna sedondon buat Damia dan enchek hubby.  Warna putih gitu.  Ibu Damia dan Damia dah sedondon dengan warna pink pada hari sebelumnya. Huhuhu....


Hello !!!!



Feri-feri yg lain selain dari feri yg Sha tengah naik tu. Adik-beradik feri lain mak lain bapak gamaknya. Hiks



Nama feri yg Sha naiki ialah Feri Pulau Angsa :) Kesemua feri ada 2 tingkat  yakni tingkat bawah untuk kenderaan seperti kereta dan motor manakala di bahagian atas untuk pejalan kaki. Sha pernah duduk kat tingkat atas masa muda-mudi dulu pergi hang-out ke Penang. Opsssss.


Siapa nampak KOMTAR? Siapa nampak KOMTAR ???? Kalau nampak sila angkat keyboard anda ! Ahakss.  Best wor kalau dapat ronda-ronda dalam Kompleks Tun Abdul Razak tu :) Paling last Sha meronda dalam tu is 12 tahun dulu. Kuikui....


Hello Penang !!!!!


Star Cruise Libra yg berlabuh di Pulau Pinang. Siapa pernah naik Star Cruise??????



Kita kasi zoooooooooom sikit Star Cruise !!!! Hohoho... 


Kami ikut Jambatan Pulau Pinang waktu balik ke tanah besar Semenangjung :) 



Stay tuned untuk next entry ! (hint : apa yg kami buat di Penang) :))







Monday, June 18, 2012

Burger Bakar Kaw Kaw Sect 2 Wangsa Maju

Assalamualaikum???



Hai lovely... heeeeeeee You All nak tahu tak, kebelakangan ni, aura masak-memasak dah menjelma dalam badan Sha lah. Ahaks!! Al-maklumlah kaedahnya MasterChef Celebrity tengah jadi trending kat Malaysia sekarang. Wakakaka... Anyway siapa yg tonton episod MasterChef Celebrity Malaysia malam tadi? Seperti yg semua sedia maklum episod malam tadi ialah episod Ujian Sajian Pantas yakni Ujian Penyingkiran yg kita semua tunggu-tunggu. 

Biasalahkan, Sha dulu pun masa belajar kat sekolah dan kat universiti, perkara yg Sha sangat teruja dan tak sabar nak buat ialah ujian dan peperiksaan. Gitu!! Bukan apa, bila kita jalani ujian atau peperiksaan maka kita akan tahu standard dan status kita kat mana. You All bayangkan ye, hari-hari kita bawa beg sekolah seberat 10 tan metriks dan hari-hari kita belajar kat dalam kelas so semestinya at the end of the day matlamat kita ketika itu ialah untuk menjawap ujian dan peperiksaan sebaik mungkin. Dah belajar belajar belajar so kita serangggg dalam exam. Muahahaha.... Gitulah kaedahnya.

So tiap-tiap minggu Sha sangat teruja nak tahu siapakah celebrity yg bakal tersungkur di dalam Ujian Penyingkiran dan akan terkeluar dari pertandingan MasterChef Celebrity Malaysia tu. Haaaaaaa.. so? So Raja Azmi ialah celebrity yg terkeluar malam tadi dan boleh dikatakan beliau sendiri kurang berkeyakinan apabila dapat tahu resipi yg ditetapkan di dalam Ujian Penyingkiran kali ini adalah resipi dari Chef Zam yg sememangnya terkenal dengan menu pencuci mulut atau 'desserts'. So bila dah kurang yakin dengan diri sendiri maka berkemungkinan besar menu pencuci mulut yg Raja Azmi sediakan tidak lahir dari hati. May be?? Juri-juri MasterChef Celebrity Malaysia telah sepakat untuk memilih Raja Azmi sebagai celebrity yg tersingkir pada malam tadi.

Enough said. Daripada Sha nak cerita pasal Burger Bakar Kaw Kaw dan nak cerita pasal kerajinan Sha untuk memasak terus Sha cerita pasal Raja Azmi kan kat sini. Hamek. 

OK sebenarnya Sha nak minta You All stay tuned sebab ada banyak cerita makan-makan yg akan Sha taruk dalam blog ni. Kira ala-ala Food Blogger lah kaedahnya. Muehehe. Pemberitahuan Gitu.

Sebenarnya dah berbulan-bulan juga gambar Burger Bakar Kaw Kaw Sect 2 Wangsa Maju tersimpan dalam phone Sha. Haaaaaaaa akhirnya hari ni Sha nak tempek gambar burger bakar kaw kaw tu walaupun Sha pasti hampir kesemua orang dah pernah makan burger bakar kaw kaw ni. Ngeh3x...... 

Rakan sekerja Sha di Reliance dulu. Kali kedua beliau jumpa Damia.


Daging Burger Bakar Kaw Kaw yg sangat juicy dan nyummeh. Marvellous You All :)


Enchek hubby menunggu 2 jam 30 minit untuk Burger Bakar Kaw Kaw Sec 2 Wangsa Maju

  
   

        

Saturday, June 16, 2012

Sizzling Fun Dough Set

Assalamualaikum ???



Hi lovely. Ehh... You All pernah tak main tanah liat masa kecik-kecik dulu? Haaaaa...mesti pernah kan? Hiks. Susu Sustagen Junior 1 yg Damia minum ni ada bagi free gift tanah liat untuk setiap pembelian susu 900gram.  So si Damia tu dah excited bila dapat free gift gini. Plus ibu dia pun excited sama !! Muehehehe.... Tapi set tanah liat yg diberi oleh susu Sustagen Junior 1 ni didatangi dengan bekas memanggang, 3 warna tanah liat yg berbeza, pinggan, acuan, stick untuk memanggang dan pisau. Whoahhhhhh jangan terkejut ye sebab bukan peralatan betul-betul pun tapi mainan je semua tu pun. Ahaks. 


Sizzling Fun Dough Set :)


Tanah Liat warna hijau, kuning dan merah !!!!!


Tu dia Mak Kiah tengah sakan masak !!! Banyak ambik tempahan ye ???? Wakakaka.......... 


Tekap tanah liat kat acuan colour hijau tu dan taraaaaa !!! ketam dah siap untuk dipanggang !!! huhu


Ikan Panggang dan Udang Panggang siaaaappppp !!! Eeheeheee 


Inilah mainan si Damia sekarang ni. Dah lama dia tak main fishing fishing. Ohhhh Sha tak pernah cerita pasal mainan fishing dia kat sini yek? Hahaa... Tungguuu

  

First Page in Google Search

Assalamualaikum ???



Hello lovely ??? Happy weekend !!!! *wink*

Hari ni Sha nak share dengan You All tentang artikel Sha berkenaan MasterChef Celebrity Malaysia yg masih kekal di muka pertama Carian Google Malaysia. Dah beberapa hari Sha perasan perkara ini tapi bila hari-hari Sha check ia masih kekal di muka pertama Carian Google atau Google Search. Alhamdulillah. 

Mungkinkah kerana Sha bermain dengan Search Engine Optimization atau SEO di dalam artikel berkenaan? Hummmm .. mungkin. Walau bagaimanapun keadaan sebegini boleh bertukar pada bila-bila masa dan mungkin sekejab lagi akan ada artikel lain yg berada di muka pertama Carian Google. Biarlah. Let it be. Semua artikel mempunyai peluang yg sama untuk berada di muka pertama Carian Google. Tak gitu?? :)


entry berkenaan MasterChef Celebrity Malaysia 


Kepada readers yg mahu menguji kehebatan di dalam bidang memasak bolehlah datang ke ujibakat MasterChef Malaysia yg berlangsung pada hari ini dari jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang di Taylor's University Lakeside Campus, Subang Jaya. All the best ye !!!!!
  

Friday, June 15, 2012

Perfect Romantic Escape

Assalamualaikum ???


Hello lovely.....This time round I want to try my luck to win a Perfect Romantic Escape to Awana Porto Malai Langkawi. It would be a great honour if I could be selected as 3 lucky winners, don't you think so? :)) :)) :))

But before I could proceed with my dream to win the 3 days 2 nights getaway, I first have to share with you my beloved readers about a Perfect Romantic Escape in my own words. 






As for me, I would choose Gold Coast as a Perfect Romantic Escape. Definitely my husband and I would travel to Gold Coast to cherish our love. Gold Coast is going to be a perfect destination as my husband and I love the tranquil moments whenever we are in a beach area, what more when we are at a white sandy beach in Gold Coast, the world renowned Surfers Paradise. We are going to enjoy the long sunny days spent swimming and surfing. Yeahh !!


Gold Coast is a perfect destination as they also offer a World Heritage-listed rain forest !! My husband and I also love the greenish scenery of the Gold Coast hinterland. And of course my husband and I will definitely having fun at Gold Coast's famous themed attractions, namely Movie World, Dreamworld and Wet 'and' Wild. 



With a tagline sun, surf and fun therefore Gold Coast would definitely be a perfect destination for my husband and I.

Last but not least let me attach the sweet and lovely picture of my husband and I

     
  

Wednesday, June 13, 2012

Nestle 100 Years Incredible Stories : Menang RM200 !!!!!

Assalamualaikum ???



Hello lovely ... !!!! Alhamdulillah Tuah Ayam Nampak Di Kaki Tuah Manusia Tak Siapa Yang Tahu. Satu-satunya tweet yg Sha hantar untuk Nestle Incredible Stories telah dipilih sebagai The Best Tweet for month if April 2012. Yahooo ... !! *popsconteffi*


Email yg dihantar oleh pihak Nestle kepada Sha pada 8 May 2012. Terkojut eden bila terpilih sebagai The Best Tweet for month of April :)



Bila Sha periksa di Facebook Nestle memang ada nama Sha yg diumumkan sebagai pemenang tweet terbaik untuk bulan April.  You All cubalah masuk contest ni sebab contest ni berlangsung sehingga bulan Oktober 2012. Boleh buat video tentang produk Nestle, boleh reka cerita berkaitan produk Nestle, boleh ambil gambar yg berkaitan dengan produk Nestle ataupun buat macam apa yg Sha buat yakni tweet tentang Nestle !!!!! No harms trying, right ? 

 

Pergi ke Mont Kiara untuk ambil cheque ini sendiri. Momantai. Dekat jeeeeeee Mont Kiara dengan office Sha di IKANO tuuuuuu :) Ihiks Ihiks Ihiks



Setakat ini mungkin ia hadiah yg paling mahal yg pernah dimenangi selain dari kad keahlian MBO yg bernilai RM100 yg Sha menangi dari Neelofa :D


"Every morning me and hubby will stuck in a terrible traffic jammed. Thanks to MILO UHT, our precious time are filled with you !" 


Sedapnya dapat zassssss sekotak air MILO UHT ni haaa... :)



Enchek hubby, my BIGGEST SUPPORTER !!! Thank you so much Darling :)



THANK YOU MILO UHT . THANK YOU NESTLE !!!!!!!