Friday, December 9, 2011

Hotlink Powers People Through Virtual Concert with Yuna

Hai U olssss? Ingat lagi tak entry yg th3b0r3dsha buat fasal The Bee, Hotlink dan Yuna? Ermmmmmm ......baru dua tiga hari lepas ajek entry tu. Ingat lagi kah? Okay kalau ada readers yg terlupa atau termiss entry tu meh click kat link =====>S.I.N.I.L.A.H

OK sebenarnya th3b0r3dsha dapat jemputan dari NUFFNANG untuk hadiri satu press conference kat The Bee, Jaya One yg terletak di Petaling Jaya. Press conference ni berkenaan konsert Yuna anjuran Hotlink dengan satu konsep yg baru yg paling gempak kat Malaysia buat masa ni. Kira pioneer lah sebab belum ada lagi konsert seumpama ini. Perghhhhh ini dah macam lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Ahakksssss....

OK Hotlink bukanlah nama yg kecil di negara kita ni malah satu nama yg gah dan sinonim dengan pelan pra-bayar perkhidmatan telefon mudah alih di Malaysia. Wahhh dah macam pengulas sukan..  Opsss ! Sukan?? Apekah?? He He He....

Hotlink akan berkolaborasi dengan artis pujaan ramai yg pada satu masa dulu dikenali melalui laman Youtube. Artis tersebut tak lain tak bukan, tentulah Yuna. So konsep konsert kali ini sangat berbeza di mana venue konsert ini bukanlah seperti di Stadium mahupun di Auditorium tetapi ia akan dipancarkan secara virtual melalui Internet. Wow, rasa cam marvelous ajek kan? Hiks... So U olssss tak payah pakai baju lawa-lawa....tak payah make-up bagai dan tak payah pergi mana-manapun, kat rumah pun boleh asalkan ada talian Internet. U olssss hanya perlu layari Internet ajek untuk tonton virtual concert atau dalam Bahasa Melayu, virtual concert ialah konsert di alam maya. Ha Ha Ha......Anda teruja? Sila angguk tanda setuju. :))

Mekanisme untuk menonton konsert di alam maya bersama Yuna ini adalah seperti berikut :-

1. Bermula dari 6 Disember 2011 sehingga 14 Disember 2011 jadilah 10,000 orang yg terawal untuk mendaftar bagi melayakkan diri anda untuk menonton virtual concert ni. Siapa yg lambat daftar, dia tak dapat tonton konsert Yuna ni !!!!! Rugi ...!!! Hu Hu Hu....

2.  Daftarkan diri anda di www.nowyoucan.my/yuna dengan menggunakan nombor telefon Hotlink atau nombor telefon Maxis anda. Lepas tu anda kena logon dengan menggunakan username dan password akaun facebook anda. Itu ajek cara-cara nak mendaftar ! Mudah bukan ???

3. Jika anda antara 10,000 orang yg telah mendaftar maka pada 14 Disember 2011 yakni pada jam 7.00 petang hingga jam 7.59 petang anda perlu logon di alamat web tadi iaitu www.nowyoucan.my/yuna. Virtual concert tu akan bermula tepat pada jam 8.00 malam. Sambil-sambil tunggu virtual konsert bermula anda bolehlah masak maggi ke masak spagetti bolognese ke atau pergi mandi dan tunaikan kewajipan sebagai seorang Muslimin dan Muslimat.

4. Jika ada apa-apa updates berkenaan Virtual Concert ini, pihak Hotlink akan lakukan pengumuman melalui  melalui twitter dan facebook.

Paling awesome tentang Virtual Concert ini ialah penonton konsert berpeluang untuk memberikan nama single terbaru Yuna dan yg paling syok penonton turut berpeluang untuk bersama-sama Yuna di dalam video bagi kempen yg akan datang. Oiiiii kalaulah th3b0r3dsha terpilih untuk kasik nama single Yuna, single itu akan th3b0r3dsha namakan ......." Mirip wajah adik th3b0r3dsha"-by Yuna. Wah !!!! Gitu !!!!! Jangan tak tahu wajah Yuna ni ada iras-iras adik th3b0r3dsha. Kalau U Olssss nak cekidaut boleh p terjah ke s.i.n.i. :))

OK jom layan gambar sekitar press conference tu??

The Bee, Jaya One

Registration Counter with our Goodie Bags...Each of us bring back Yuna's latest CD , yo!

dari luar The Bee

breakfast dan lunch th3b0r3dsha..Ahaks


Blogger.......Darkbatman dan Nisa Kay

Blogger........Nisa Kay, Epal Merah, th3b0r3dsha dan Hazman

Blogger........Cik Epal, th3b0r3dsha dan Kak Ina KL

EMCEE, Yuna dan T.Kugan dari Maxis

Yuna ..chak?? He He.

Sopan dan ayu je Yuna ni kan? :))

Hey gals and guys out there, come and lets be the first 10,000 people to register !!

pose dengan Nuffles, Fara

pose dengan Pen Merah

Pose sementara tunggu peluang utk snap gambar dengan Yuna
Proud of you Yuna !!


So apa tunggu lagik? Jom sokong Yuna dan Virtual Concertnya !!!!!!!


hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

1 comments:

penmerah said...

akak.. dpt x yg lusa punye event hotlink?

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!