Friday, March 9, 2012

One Inspired Year at Q Partner Travel & Tours Sdn Bhd

Asslamualaikum???

Hello lovely? 

Diam tak diam dah satu tahun Sha bekerja di company baru selepas resign dari Reliance Travel. Dan satu tahun jugaklah Sha ulang-alik dari Cheras ke Damansara hari-hari. Hujan ke panas ke guruh dan kilat sabung-menyabung ke gagahkan juga untuk pergi bekerja. Al-maklumlah sebelum buat keputusan untuk resign dari Reliance Travel dan sebelum terima tawaran dari Q Partner Travel, Sha dan enchek hubby dah pun duduk semeja dan berbincang secara terperinci.

Kalau dahulu pejabat Sha di Kuala Lumpur yakni di Golden Triangle, kini Sha berulang-alik hari-hari dari Cheras ke Damansara sebab pejabat Q Partner Travel terletak di IKANO Power Centre. Keputusan dah pun dibuat dan kami suami-isteri telah sepakat.

Al-maklumlah kami berdua kena ambil kira tentang keperluan Damia juga kerana pada ketika itu, yakni pada ketika itu Damia baru berumur 6 bulan. Salah seorang dari kami kena pulang awal dari pejabat sebab nak ambil Damia dari rumah pengasuh. Yelah, kesian pulak kat Damia jika lewat ambil dia dari rumah pengasuh.

Ok kat bawah ni ada bererapa keping gambar pejabat baru Sha yakni Q Partner Travel & Tours yg terletak di dalam IKANO Power Centre.

Ni kat dalam pejabat Sha. Ada sofa untuk customer duduk dan tunggu sementara turn mereka tiba. Dekat cermin tu nampak tak ada satu bahagian itinerary? Kat situ kami letak itinerary Reliance.

Lawa tak poster Korea tu? Gambar tu dekat Pulau Jeju, Korea. Season masa kat dalam gambar tu is autume season which is pada bulan September - November setiap tahun.


Q Partner Travel & Tours Sdn Bhd. Sha ambik gambar ni dari luar pejabat, kat wlkaway dalam IKANO.

Anyone planning to travel oversea? Hand's up !! Or keyboard's up !!!!! hehehe

Selalu jugak Damia singgah pejabat ibu dia. Masa gambar ni diambil, Sha, enchek hubby, Damia dan family In law pergi ke IKEA. Makan meatballs.  Damia suke bila dapat Hand Puppet dari IKEA ni !!! :))


hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

Thursday, March 8, 2012

Western food di Windmill Restaurant, Plaza Masalam, Shah Alam



Assalamualaikum???

Maaflah entry ni bukanlah cerita lama-lama, cuma cerita tahun lepas ajek. Erkk??!! Ahaks...:)

Masa ni ada gathering family sebelah in law sebab nak raikan birthday adik ipar Sha yg paling kecik (alahaiii U All ingat dia sebaya Damia ke? No! No! No!). Kalau U All nak tahu adik ipar Sha ni dah besar dah. Namanya Balqeish. Sedap kan nama itu? Ohoii ..sedap tak sedap nama tu, Cik Aqeish kita ni dah masuk 20 years old ++. Ihiks.

Kami mula-mula nak makan kat port lain, tiba-tiba ada cadangan tempat makan. So terus lah zasssss pergi ke Plaza Masalam, Shah Alam. Memanglah best bila pergi makan kat dalam mall sebab ada aircond. Lepas tu kalau hujan dah sah-sah ada bumbung yg setia menjalankan tugasnya. Ecewahh..

Kami pergi dengan 2 kereta, al-maklumlah kalau satu kereta ajek alamatnya tersepitlah Sha nanti. Wakakaka... Apa kata kita terjah gambar kat bawah ok? :-



Ada gaya CEO tengah gelak sebab menang tender project tak ? Ahaks

Hello semua? Perkenalkan bantal busuk saya !!!!! Hiks

Like father Like daughter? :)

Kami keluar cari baju lain untuk Damia sebab aircond kat Windmill tu sangat kuat. End up kami belikan sweater untuk Damia. Hello Maroon ?!!

I heart you both , muah muah !!!!!

Ibu dan Damia. Damia excited nak turun bawah time ni sebab tengok kawasan corridor kat SACC yg luas. Haizz..
Meet my new families , my parents in law and in-laws sibling !!!!!!! Love them all too :)

Lets meet Aqeish !!!!

This is some of those menu. I think these one was ordered by my MIL :)

This are mine !!!! I ni kan perut nasi so tidaklah order those western foods. Kah Kah Kah


Sorry yeah to everyone sebab peram entry ni. Cheers everyone!!!! 






Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday : Damia selepas memasak

Assalamualaikum???

Hello - Hello !! Jom terjah edisi Wordless Wednesday kali ini :-

Penatnya ! Banyak betul menu yg Damia masak hari ni !! :))