Masa berlalu begitu pantas
sekali dan tibalah harinya untuk Sha kongsi satu lagi berita gembira
dalam hidup Sha, enchek hubby, Damia dan seluruh ahli keluarga kami.
Ikut nasihat orang tua-tua, eloklah agar tidak hebohkan berita bahawa
kita mengandung apatah lagi ketika di awal fasa permulaan iaitu first
trimester.
Alhamdulillah Sha pregnant lagi dan kini berada di minggu ke 15 iaitu sudah masuk ke second trimester..
Syukur ke hadrat Allah dan Sha doakan agar semuanya berjalan dengan
lancar dan selamat, In Shaa Allah.
Semalam lepas habis waktu kerja, ketika Sha drive di LDP, dengan izin
Allah, Sha rasa ada satu pergerakan bayi di perut Sha. Pergerakan
pertama tu buatkan Sha bersyukur sangat. Ketika tu jalan jammed betul,
mungkin kerana hujan di serata KL dan PJ.
Semoga selepas ni Sha akan lebih rajin untuk update blog ni setiap hari! hehehe Amin Amin Amin !!!
![]() |
| First acrobatic at week 15 dated 15 May 2013 at 7.15pm at LDP near Section 16 PJ junction..... |
