Showing posts with label penyakit Tiroid. Show all posts
Showing posts with label penyakit Tiroid. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Sha : Dulu dan Kini

Assalamualaikum ???



Kat entry ni Sha nak share perbezaan ketika Sha masih berisi dan ketika berat badan Sha mula menurun. More or less Sha memang dari awal kurus, cuma apa yg Sha nak Share kat sini ialah muka Sha yg semakin kurus akibat sakit Tiroid yg Sha diagnose 2 minggu lepas.


Gambar yg diambil ketika bulan Januari 2012


Gambar diambil pada Febuari 2012

Gambar diambil pada hari Rabu minggu lepas...... hanya 3 hari sebelum entry ini dibuat.

Antara tanda-tanda awal sakit Tiroid yg Sha alami ialah:-


1. Mula-mula kurang selera makan dan lama-kelamaan selera makan yg bertambah.
2. Mudah terasa lapar.
3. Tangan menggigil di waktu tengahari dan awal petang.
4. Berat badan menurun. Sha akui sebelum ni berat badan Sha bukannya tinggi sangat cuma sekitar 50 kg-    51 kg sahaja. Tapi berat badan kini ialah 47 kg.
5. Mengalami muscle pain dan kerap lenguh di kaki.
6. Mudah terjaga ketika tidur malam dan sukar untuk tidur semula.
7. Mudah letih.
8. Mudah marah.


Setelah dinasihatkan oleh boss Sha dan adik ipar, Sha terus lakukan pemeriksaan di PPUM awal April ini. Ujian darah dan ujian air kencing dilakukan. Beberapa hari selepas itu doktor pakar di bahagian Kardiovaskular mengesahkan Sha mempunyai penyakit Tiroid. 


The moment doktor cakap tu, degupan jantung Sha laju sangat dan terus Sha rasa down !! Sedih...


Sekarang Sha masih amalkan rawatan secara medication iaitu ubat-ubatan.


InsyaAllah pada minggu hadapan Sha akan berjumpa doktor di PPUM untuk temujanji seterusnya.


Mungkinkah kadar hormon Tiroid yg berlebihan di dalam tubuh Sha akan berkurangan pada minggu hadapan? Segala-galanya Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Oh ya, berikut ialah jenis-jenis makanan yg perlu Sha elakkan:-


1. Daging Ayam
2. Minuman yg mempunyai kaffein yg tinggi seperti kopi, nescafe dan teh.
3. Soya
4. Sayur Kobis

Jika ada updates lagi tentang sakit Tiroid ini, Sha akan kongsikan di entry seterusnya.

Thanks for reading.



Thursday, April 12, 2012

Amaran keras dari Broframestone

Assalamualaikum ???


Credit gambar : Doctor Google

Hai lovely....apa khabar ek korang semua? Sha pasti you all semua sihat-sihat sokmo plus ceriaaaaaaa selalu, kan? Hiks..... Sorry ye ....Sha sengaja tak update blog kesayangan Sha ni. Bukan aper, kadang-kadang tu dalam kehidupan kita ada waktu pasang surut. Ada ketika kita rasa gembira dan pastinya ada waktu untuk kita bermunajat kepada Allah supaya Allah Yang Maha Esa menambahkan kekuatan diri kita untuk menjalani kehidupan seterusnya.

Sebenarnya Sha telah disahkan menghidap penyakit Tiroid oleh doktor pakar. Sha ada update tentang ujian darah yg Sha lakukan sebelum ini dalam entry terdahulu ....Ada yg ter-miss untuk baca entry tu? Hehe...its ok...

Bila dapat tahu Sha rasa sedih sangat. SEDIH SEDIH SEDIH.

Patutlah badan Sha semakin lama semakin kurus dan Sha pun selalu letih di siang hari. Pada malam harinya pula Sha mudah terjaga dari tidur dan lepas tu susahhhh sangat nak tidur balik.

Kini Sha dah mulakan rawatan dari segi pemakanan ubat-ubatan. Tak banyak pun pil yg Sha kena telan, sehari tu Sha kena telan ubat 13 biji setengah je. Setiap kali lepas sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam Sha kena makan 2 biji setengah ubat.Cuma Sha tak boleh miss makan ubat tu. Huhuhu....

Sha ada google tentang penyakit yg Sha hadapi ni, InsyaAllah Sha akan kongsikan dengan You All.....pembaca setia blog Sha.

Berbalik pada tajuk entry ni, harap you all tak marah sebab Broframestone bukan marah sangat pun just bagi peringatan untuk Sha ajek. Hehehee... Sha dah tersenarai sebagai 100 orang bloggers dalam projek juta juta dia tu. Hiks. Pernah dengar kan Projek100Bloggers? So akibat kelalaian Sha dari update blog dan naikkan trafik blog, Broframestone telah memberi peringatan kepada Sha. Broframestone mahu Sha naikkan trafik blog ni lagi dan lagi.....Muahahaha... Hope jangan ada second or third warning dari Broframestone dan Sha harap lepas ni Sha akan kembali bangun.

Let's move on, Sha !!!!