Showing posts with label ChurpChurp. Padang Astaka. Show all posts
Showing posts with label ChurpChurp. Padang Astaka. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Aksi Damia dan Alisya nangis berduet di PJ

Assalamualaikum ???

 

Siapa rasa nak cubit Sha? Siapa pulak rasa nak lempang Sha laju-laju sebab peram entry ni lama-lama ?? Eheks !!!




So oleh kerana tweet yg Sha tweet (eh berapa banyak tweet daaaa.. ) tu bertuah, so Sha, enchek hubby dan Damia dapatlah naik belon udara sempena Ulangtahun ke 100 Oreo. Weeeeee.....


Kami sampai PJ awal jugak terus pergi menunaikan solat maghrib (ayat skema tak? he-he-he) kat Amcorp Mall. Best kalau dapat shopping kat sini. Kalau nak tau, ada banyak bazaar kat luar Amcorp tu. Memang cantik-cantik benda-benda yg dijual. Kalau bawak banyak duit sure lagi cantik barang-barang tu. Muehehehe......


Sampai-sampai kat Padang Astaka (port enchek hubby main paintball) terus nampak Eyriqazz, wifey dan Alisya. Alisya ngantuk time tu so dah ZzZzzz di atas pangkuan ibunya. Bila dah nak start naik belon baru beliau terjaga. Pandai betul beliau badget masa, mesti sebab Anmum Essential dan Alisya


Damia dan Alisya dua-dua malu walaupun malam sebelumnya ada bersua muka di Dunkin Donuts, Mid Valley. So alkisahnya berdebar-debar jugak Sha dibuatnya. Almaklumlah blogger yg bernama Sharidawati Shahrudin ni al-gayat orangnya. Ahhh.. gayat tak gayat, ChurpChurp dah bagi free kena berani gak naik belon !!! Hiks...


Jom terjah gambar-gambar yg diambil pada event tersebut........

Yeayyy.. kami satu family dah sampai......

Ramai tetamu Oreo yg dah sampai !!! Semua dok pakat makan biskut Oreo banyak-banyak !!!!!

Beratur di situ untuk naik belon udara Oreo.....

Hello gadis Oreo !!!!

Enchek hubby, Damia dan Eyriqazz. 

Siapapun suka makan biskut Oreo kan? Ingat tak iklan Oreo kat tv tu?? Twist it, lick it, dunk it !! hehe...


Damia sangat excited...masa ni Damia baru-baru aje boleh berjalan sendiri. Sekarang dah tak mau dukung-dukung, Damia dah boleh berlari sendiri...:) 


  

Ada banyak games dan enchek hubby turut join sama.


Mari makan Oreo sama-sama? 

Masa ni Alisya dah bangun, so kami tengah teruja nak naik belon Oreo. (Ehh Sha ni teruja ke gayat? uhuhuhu...) 

Alo comel-comelnya belon Oreo niiiii..... Ihiks

Hello !!!!! bila pandang belon ni terus teringat kat Hot Air Ballon di Turki. Bila lah Sha dapat pergi sana eh? hohoho...

Masa ni kami dah ada kat dalam belon dan dah terbang setinggi........bangunan 8 tingkat .....Damia dah tak nangis masa tu, awal-awal sebelum naik belon je dia nangis sekuat hati.

Tak lah tinggi sangat tapi tinggilah jugakkkk...Keh Keh Keh.....


Teima Kasih Oreo, ChurpChurp dan Eyriqazz !!!!