Showing posts with label Appetit Support Nutrient. Show all posts
Showing posts with label Appetit Support Nutrient. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Anmum Essential to Sustagen Junior 1+

Assalamualaikum ???



Kebelakangan ni Damia punya selera makan sangat merisaukan Sha dan enchek hubby. Kalau dua minggu sebelum ni, You All suap ajelah.....offer ajelah apa-apa makanan, dengan pantas Damia akan nganga dan makan. Tapi tidak sekarang. Mungkinkah itu salah satu proses tumbesaran? Ishhhhhh nak tumbesaran apa benda kalau nasi pun susah nak makan kan?? Takkan nak harap susu ajek untuk tumbesaran ?? Ohh ... tapi kalau You All tanya Sha, Damia minum susu tak? Ohh jawapannya ye Damia minum susu. So far dia masih minum susu Anmum Essential all the time.  

Kalau nak ikutkan history, masa lepas lahir dulu selain minum breastmilk dia diberi susu S26 masa kat hospital. Tapi punyalah susah dia nak minum susu S26 tu. Tak mahunya !!! Sikit pun tak luak susu tu !!! Terus kami cuba bagi susu formula yg lain memandangkan bekalan breastmilk tak banyak. Padahal hari-hari aku doq minum milo dengan oat nak bagi tambah susu badan. Tak de maknanya...makin lama makin terhad pengeluaran kilang susu. KEH kEH kEH.

So at the end kami cuba belikan Damia susu Anmum Essential dan Alhamdulillah dia serasi dengan susu tu sampailah sekarang ni. Tapi since dia dah tak mahu nak makan makanan pepejal macam nasi so Sha dan enchek hubby cuba tukar susu formula daripada Anmum Essential kepada susu Sustagen Junior 1+. Lagipun susu Sustagen yg baru ni mengandungi Appetit Support Nutrient. 

Apa tu Appetit Support Nutrient ??? Itulah zat yg diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak dan demi menjamin kesihatan yg baik untuk Damia. Di peringkat sekarang yakni umur satu tahun lebih ni, apa yg Damia tahu ialah nak main je dan sudah tak endah langsung pada makanan. So sebagai ibubapa, Sha dan enchek hubby kena fikirkan cukup tak zat makanan untuk Damia sedangkan selera makannya berkurangan !!

Appetit Support Nutrient tu ia adalah satu kombinasi kesemua nutrisi ataupun zat yg penting untuk tumbesaran Damia seperti Zinc, Iron, Folic Acid, Thiamine & Vitamin B12.

Kalau nak tahu, kesemua nutrisi atau zat di atas terkandung di dalam kebanyakan makanan  seharian kita macam nasi, ikan, sayur-sayuran, daging dan lain-lain tapi kalau Damia susah nak makan makanan tersebut macam mana dia nak dapat Zinc, Iron, Folic Acid, Thiamine & Vitamin B12 tu?

Zat yg Sha sebutkan kat atas yakni Zinc, Iron, Folic Acid, Thiamine & Vitamin B12 juga turut membantu untuk menambahkan selera makan Damia kelak.  

Nasib baik Damia still makan cekodok yg Ibu buatkan. Ihiks


Hanya doakan yg terbaik supaya Damia dapat adapt perubahan ini dengan cepat....


Semoga selera makan Damia bertambah lagi selepas ini......


Appetit Support Nutrients yg terdapat dalam susu Sustagen Junior 1+


Walau bagaimanapun Sha dan enchek hubby masih simpan stok susu Anmum kalau-kalau Damia tak mahu minum susu Sustagen tu. Lagipun pada awal permulaan Sha tak nak berhentikan terus susu Anmum tapi berikan susu Sustagen secara selang. 

Malam tadi Damia dah minum susu Sustagen sekali. Pagi tadi pun dia minum susu Sustagen jugak tapi di rumah pengasuh Sha bekalkan susu Anmum. Bila dah ambil Damia dari rumah pengasuh baru Sha akan beri susu Sustagen semula dan begitu juga pada malam nanti sebelum dia masuk tidur. Mungkin esok Sha akan selang-selangkan lagi dan InsyaAllah pada hari Ahad nanti Sha nak kasi susu Sustagen je. No more susu Anmum.