Saturday, October 22, 2011

Moview Review : Apa Tengok-Tengok?

Selamat sejahtera? Dua hari lepas th3b0r3dsha ada kongsikan pasal event yg th3b0r3dsha ada hadiri, kan? Th3b0r3dsha ada blogkan jugak sikit-sikit kat sini ====>huhuhu. Ada tak u olss baca? Ada? Tak ada?

Tadi masa th3b0r3dsha tengok ulangan cite Melodi kat TV3, tup-tup dah kuar dah pun trailer filem Apa Tengok-Tengok? masa waktu iklan. Hu Hu Hu.....terus lahhhhhh sambar lappie ni dari enchek hubby dan masukkan memory card ke slotnya dan...............inilah dia sedikit-sebanyak gambar yg th3b0r3dsha dapat kongsikan.....

Sesi pendaftaran bermula pada jam 2.30ptg

Pose comel Jue dari blog tetikusrusak dan Bee dari Puanbeedotcom

th3b0r3dsha bersama blogger harapan negara..huhu..jangan mara ah...Tetikusrusak, Puanbeedotcome, Kakinakl dan CikLilyPutih

Ju dan Bee bersama Broframestone

Ucapan pembukaan 


Filem Apa Tengok-Tengok? ni adalah satu filem musikal yg th3b0r3dsha boleh katakan, agak catchy dan menarik sebab mana-mana pelajar sekolah akan hadapi perkara yg sama. Biasalah th3b0r3dsha pun pernah nakal juga masa sekolah dulu...Oppsss tu belum lagi masuk cerita belajar di salah sebuah sekolah menengah gangster di Selangor suatu ketika dulu, masuk suratkhabar lah jugak...Ha Ha Ha....Tak lain tak bukan pasal insiden membakar bilik darjah. Wah !! Tercerita lah pulak kan? :D   Eh tapi jangan salah anggap th3b0r3dsha tak ada kena-mengena dengan insiden bakar-membakar bilik darjah tu yeh..Hu Hu Hu...

OK, back to topic. Hampir kesemua pelakon adalah pendatang baru di dalam dunia hiburan tanah air. Walau pun muka baru tapi th3b0r3dsha tak ada masalah dengan lakonan mereka...nampak hidup cuma biasalah bila pertama kali di layar perak tentu sekali ada khilaf di mana-mana. Tentunya mutu lakonan mereka boleh diperbaiki lagi di masa akan datang. Kalau tak diberi peluang yg pertama macam mana nak ada peluang kedua dan ketiga, betul tak??

Secara keseluruhannya, jalan cerita Apa Tengok-Tengok? ni menarik dan catchy serta sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana ada unsur-unsur nasihat yg ingin disampaikan. Yelah, adik-adik kat luar tu janganlah nak buli-membuli pelajar lain terutama pelajar-pelajar baru ! Mula-mula ingat junior u olss sekali satu kelas lah pulak kan?!! Huh lepas tu pelajar yg u olss buli tu pulak ialah anak kepada rakan baik guru you. Jeng Jeng Jeng !! Nak tahu kisah selanjutnya kenalah tonton filem Apa Tengok-Tengok? ni di pawagam berhampiran dengan anda bermula pada 27 Oktober 2011.

Selamat menonton !!

2 comments:

Anonymous said...

wah,xbw cik mia ke?msti dia super duper excited..hehe:-)

puanbee said...

sha nak ke soft copy tu ? email bee , sbb bee dah dpt pun ...

tie2kay@gmail.com

Post a Comment

Terima kasih daun keladi
Esok pagi singgah blog I lagi !!

Boleh? :))

Apa-ape pun terima kasih sebab sudi komen,ye !!