Showing posts with label viruspadudotcom. Show all posts
Showing posts with label viruspadudotcom. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

Accessory Henponku ... woot woot!

Assalamualaikum??


Hi awak! Selamat Hari Raya !!!! Esok lusa awak cuti ye sempena Hari Merdeka so plan nak pergi Open House mana nanti? Sha tak pergi Open House sebab hari Jumaat ni Sha kerja. Wuwuwu..

Ehh ehhh lupa lah Sha nak citer. Minggu lepas Sha berpeluang untuk kuar dating ngan Kak Jem. Woot Woot !!! 

Beliau sebenarnya pergi 'jalan-jalan cari item' kat IKEA dengan lalingnya so terus Sha message kat Instagram Kak Jem nak ajak jupe. Hihi.. Beliau tu senior masa kat uni cuma zaman tu Sha belum ada blog so tak kenal beliau pun. Bila Sha dah menjinak-jinak dengan blogging baru lah kenal beliau. Bulan Mac baru-baru ni ada kenal gitu-gitu ngan beliau ketika beliau menang i-phone for esssss kat satu event Nuffnang & Maxis. Ketika tu beliau baru lepas naik pentas dan amik i-phone4S tu. Sha sempat salam je ngan beliau. Salam Berkat gitu. Hehe...

Seronok bila dapat jupe Kak Jem. Selama ni melayan dalam blog ngan facebook ngan Instagram beliau je kan. Lepas tu pulak terus Sha berkenan ngan accessory handphone beliau yg sangat shantek tu..... So inilah motip entry ni........Pls scroll down.....

Lawa tak..lawa tak? Baik awak angguk. Hahaha....


Accessory yg telah siap ditempek di henpon. Ahaks...

   

Kak Jem yg sangat chumel dan periang :)) pergilah terjah blog beliau di www.viruspadu.com



Hahaha.... bukan nak lawan lawan ngan accessory henpon Kak Jem cuma alahai rasa lawa lawa lah pulak bila henpon kita ada accessories gitu. Heeeheeeee... kebetulan pagi tadi Sha pegi ronda-ronda kat Level 3 Ikano Power Centre kat IT Wholesale nak cari ribbon printer terus nampak ada stall jual accessory henpon gini. So teruslah Sha memborong 3 paket. Ihiks