Tuesday, January 10, 2012

Pencarian 100 blogger Malaysia untuk portfolio seni AA Graphic

Assalamualaikum !!!

Hmmm ape khabar U Olssssssss ? Harap cehat sokmo !

Kali ni th3b0r3dsha nak sokong satu project yg sorunk blogger ni anjurkan. Project ni agak glamorous, ecewaahhh. Bukan apa, mana lah tahu kot-kot I dapat tumpang letak muka kat dalam project tu.   

Pencarian 100 Blogger Malaysia ni dianjurkan oleh blogger adamainaa di blog adamainaa.com

In case U Olsss nak join dan jadik 100 orang blogger itu leh click kat ===> SINI
:))
Cara nak sertai?
Kena lengkapkan details kat bawah ni dan letak gambar yg paling besar dan jelas. Opss yg pasti kena lah letak gambar sorang, bukan berdua atau berlima. Ehiks..
OK here are my details :-

Nama : Sharidawati Shahrudin
Tempat tinggal sekarang : Cheras, Kuala Lumpur
Join Blog sejak : January 2010
Gambar th3b0r3dsha?
OK tu aje, stay healthy, stay cute and stay lovely yeah !!!!

hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

Monday, January 9, 2012

Family Getaway at One World Hotel - Last Part

 Assalamualaikum? (Huhhh lebih baik U Olsss jawap ......)



Jangan lah marah sebab citer fasal new year celebration tak habis - habis lagi !

He..he..he.... Th3b0r3dsha janji, ini entry terakhir tentang overnite stay kami di One World Hotel tempoh hari..ecewahhh tempoh hari lah sangat kan... pada hal dah lebih seminggu berlalu..:))

Ok so in case readers ter skipped entry pertama dan kedua leh terjah kat ......


So kali ni th3b0r3dsha akan citer fasal eve of new year. 

Lepas solat maghrib kami bersiap-siap untuk pegi dinner. Alahaiii mana lagik nak dinner kan kalau bukan kat One Utama ..! Boss th3b0r3dsha dan gangster paradisenya tak join sama. Yelah masing-masing ada spa treatment. Wahhhh ko hado? Ihiks

Th3b0r3dsha tidaklah meng'spa'kan diri......The first and the last ialah masa time nak kahwin, back to year 2009. Of course lah kan, ramai plak yg kasik advice untuk pegi memanjakan badan sebelum berkahwin. Macam-macam lah, ada yg kata nak naikkan seri pengentin lah..... nak bagi badan fresh lah. Tapi bagi th3b0r3dsha, reason th3b0r3dsha buat spa treatment sebelum kahwin sebab th3b0r3dsha tahu yg th3b0r3dsha tak akan layan lagi 'spa' -'spa' ni semua. 

Memang tak boleh blah lah urut-urut badan ni semua. Mana taknya masa lead tour ke Beijing pun ada jek aktiviti urut kaki bila kami singgah ke Pusat Perubatan Herba dan Tradisional China. Alahaiiiiiii mintak maaf lah banyak-banyak th3b0r3dsha memang tak tahan geli bila kena urut kaki.
OK so back to topic, kami pun jalan-jalan lah sekitar One Utama. Kami tak jalan jauh sangat memandangkan Damia mengantuk dek tak tidur di siang hari. So end up kami dinner kat MacDonald sebab enchek hubby teringin sangat nak makan Prosperity Burger.


Pusing punya pusing kami jumpa kedai ni. Ramai giles orang beratur kat depan kedai dia. Perghhh.....
Rupa-rupanya kedai 'Candylicious'. Auwwwww banyak giles candy kat dalam kedai tu. Th3b0r3dsha jadik sangat eksaited dan speechless sekejab !!!



























Keesokan harinya..aktiviti tak padat sangat. Agak santai sebab tak ada apa-apa plan except untuk balik ke rumah MIL di Shah Alam selepas check out dan lunch. Opsss tapi aktiviti paling happy buat Damia tentunya mandi pool !!!!! Lepas ajek kami breakfast kat Cinnamon Cafe, terus p pool dan berendam sakan.








hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?

8 Tips membantu anak anda yg berusia 1 tahun untuk makan


Assalamualaikum ???

Uiksss sekejab ajek dah masuk week kedua di tahun baru 2012 hek? Rasa cam baru ajek layan bunga api, hari tu ..which is pada tanggal 1st January 2012 ~ jam 12.00 am ~ kui kui kui…. :p



OK entry kali ni I nak share something fasal parenting tips, yelah.... I nie kan seorang mommy blogger.....tak gitu ke?? Ihiks.....

Weeeeeeeee….! Ok memandangkan Damia pun dah berumur 1 tahun 5 bulan, maka Damia kini sudah berada di dalam fasa cubaan makanan yakni satu fasa di mana seorang kanak-kanak itu belum benar-benar memilih makanan yg digemarinya. Senang lagi nak faham, pada waktu ni, sepatutnya apa ajek makanan yg diberi kepada kanak-kanak tersebut, dia mesti akan makan !!!




Maksudnya pada fasa sekarang, Damia sepatutnya dilatih untuk makan semua makanan yg sesuai untuknya terutamanya sayur-sayuran. Ini adalah kerana jika di fasa sekarang Damia tak dilatih untuk makan sayur-sayuran maka ada kemungkinan Damia tidak akan menggemari sayur-sayuran apabila dia masuk ke fasa berikutnya. Walhal sayur-sayuran adalah ruji yg berkhasiat dan sangat seimbang untuk tubuh badan manusia. Sayur-sayuran juga merupakan makanan pelengkap untuk tubuh badan manusia. Th3b0r3dsha pun ada rakan-rakan yg sampai sekarang tak suka dan tak sentuh langsung sayur !



Alhamdulillah sejak Damia diberi makan bubur iaitu pada usia 6 bulan, th3b0r3dsha akan pastikan rencah yg di masukkan ke dalam bubur itu adalah merupakan sayur-sayuran, jika tidak diberikan setiap hari, sayur-sayuran itu akan dijadikan rencah bubur setiap 2 hari sekali.

Contohnya

Isnin : Bubur dengan gorengan ikan bilis yg dikisar halus.

Selasa : Bubur dengan isi ayam dan hirisan carrot

Rabu : Bubur dengan hirisan kentang

Khamis : Bubur dengan hirisan brocolli dan isi daging lembu

Jumaat : Bubur dengan hirisan kentang dan isi ayam

Sabtu : Bubur dengan isi udang dan hirisan carrot

Ahad : Bubur dengan gorengan ikan bilis yg dikisar halus serta hirisan daun sup dan sawi.

Biasanya th3b0r3dsha dan enchek hubby akan bubuh lobak merah, sawi, broccoli, daun sup ataupun kentang ke dalam bubur Damia. Pastinya rencah tadi akan dihiris halus. Untuk mengelakkan kebosanan, kami selang-seli dengan hirisan daging lembu, ayam, isi udang atau ketam dan gorengan ikan bilis yg telah dikisar.



Oh ye pada usia 6 bulan tu Damia masih lagi makan bijirin Nestum, tau. Damia suke sangat perasa ayam dan madu. Cuma bila dah besar sikit, tak silap pada usia setahun Damia dah tak suke Nestum. Hu Hu Hu… So, since Damia umur setahun, dia hanya makan bubur di waktu siang dan makan nasi pada waktu malam.

So bila Damia makan nasi di waktu malam, th3b0r3dsha akan make sure ada kuah sup, macam sup sayur yg simple so that Damia mudah nak hadam nasi. Lauk-pauk lain yg kita orang kasik is ikan, ayam atau telur goreng. Basically lauk yg th3b0r3dsha masak untuk makan malam is something yg sesuai untuk Damia makan. In case th3b0r3dsha yg hantu pedas ni nak makan pedas-pedas, ada lah lauk lain yg pedas, kan? Ha..Ha..Ha..Kira masak asing-asing lah. Beres !!!! He..he..

Tapi lately bila Damia masuk umur 1 tahun 5 bulan, which is pada tahun baru, 1 Januari 2012 (Al-Maklumlah every 1st day of every month, umur Damia akan bertambah sebulan !! ) dia dah tak bape berkenan dengan bubur. Pengasuh Damia pun ada kasik feedback yg sama. So apelagi? Kenalah stop bubur dan bagi full solid foods !!! Hu..Hu..Hu.. Which means pada awal pagi th3b0r3dsha kena lah masak makanan Damia untuk di bawa ke rumah pengasuh. 

OK back to topic ::::  Berikut adalah 8 tips untuk membantu anak anda yg berusia 1 tahun untuk makan :-

1. Kanak-kanak kan suka sesuatu yg baru? Mungkin jika makanan yg anda berikan kepada anak anda adalah makanan yg sama dengan makanan anda, si kecil tidak akan bosan dengan makanan yg sama setiap hari. Opss pastikan makanan tersebut tidak pedas !!!

2. Galakkan anak anda untuk memegang cawan atau sudu beliau sendiri ketika makan dan minum.

3. Jangan beri anak anda makan makanan yg manis ketika lewat petang dan pada waktu malam. Ini kerana anak anda mungkin akan terjaga di tengah malam. Jika beliau terjaga di tengah malam, berikan sedikit jus limau. Ia akan memudahkan si kecil untuk tidur kembali.

4. Hadkan makanan bergoreng dan makanan berempah buat si kecil anda. Ia mengandungi gas yg tidak diperlukan oleh tubuh badan si kecil !

5. Jangan sesekali campurkan makanan yg anak anda gemari dengan makanan yg tidak digemarinya. Jika tidak mungkin si kecil akan membenci kedua-dua makanan tadi. Oleh itu jika anak anda gemar sesuatu makanan, cuba pelbagaikan resipi atau kaedah memasak makanan tersebut.

6. Pada peringkat permulaan, jangan cuba untuk memberi terlampau banyak makanan kepada anak anda. Fokus kepada satu-satu makanan pada satu-satu masa.

7. Gunakan cawan yg kecil untuk menggalakkan anak anda berhenti minum susu dari botol dan bertukar kepada minum susu dari cawan.

8. Ingat tau, si kecil suka melakukan sesuatu secara bersendirian. Jadi jika si kecil anda tidak gemar untuk makan sesuatu makanan, apa kata anda beri anak anda peluang untuk menyuap sendiri makanan tersebut !!

Harap tips di atas akan dapat membantu readers blog th3b0r3dsha !!



Thank You !!

hi...tolong re-tweet dan share di wall facebook anda boleh ?