Thursday, May 31, 2012

Live Blogging : Jom naik public transport dari IPC !!!!

Tunggu giliran untuk naik free shuttle bus ke LRT Kelana Jaya

Lokasi : Lobby Ikano Power Centre yg berhadapan dengan Royal Bintang Hotel. 

Hari ni saya dapat duduk seat yg paling hadapan. Hiks

gambar yg diambil dari dalam bas. Hello One Utama !!! Hello One World Hotel !!!!! 

No more card system. Hello coin !!!!

Tunggu train ye bang?? hiks

Assalamualaikum???


Supriseeeee ! Hiks. Hai lovely. Untuk perjalanan pulang ke Cheras hari ni Sha memilih untuk menaiki public transport dari office Sha di Ikano Power Centre. *senyumberbunga-bunga*

Kalau You All nak tahu, waktu dolu-dolu Sha yakni masa baru start kerja di sini hari-hari Sha naik public transport :] Tapi tadi Sha rasa malas pulak nak drive kereta kan...haaaa.

So perjalanan bermula dengan menaiki free shuttle bus services di lobby IPC. Tepat je pukul 6 Sha cepat cepat gerak dari office. Almaklumlah lokasi office Sha tu dah masuk sempadan IKEA dah. Ada banyak waktu untuk kita naik bas dan Sha pilih waktu 6.30 petang. Bas ni akan bawa kita ke Stesen LRT Kelana Jaya. Dari sana Sha perlu tukar train untuk perjalanan ke Cheras. Hiks :))

Ohh ye diam tak diam MYRAPID dah tukar sikit sikit urusan LRT contohnya no more kad but a coin !! *wootwoot* canggih :)) ekhem .hiks

Ok tu je buat masa ni...lepas ni train Kami nak masuk bawah tanah dan Sha akan berhenti di Stesen Masjid Jamek. Di sana Sha perlu tukar train ke Cheras. :))

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 29, 2012

Redmummy dan TWO IN ONE

Assalamualaikum ???


Hello lovely...You All dah lunch ke belum? Hiks. Ade tak yg tengah makan Foldover McDonald? Ngeh3x.....

Ahad lepas Sha dapat undangan untuk hadiri majlis Aqiqah anak kak Red. Siapa lagi kalau bukan RedBaby yg chomels. Hehehehe. Kebetulan pada hari yg sama Kak Red dan familynya mengadakan majlis menerima menantu. Eh ehhh bukan Kak Red yg terima menantu tapi Kak Red menerima adik ipar. Hiks. Of courselah mak dan ayah Kak Red yg terima menantu baru :) Tahniah Kak Red sebab dapat buat kenduri Aqiqah RedBaby dan at the same time dapat buat kenduri kahwin adiknya sekali. Alhamdulillah. Selamat sudah. TWO IN ONE :)

Yg tak selamatnya satu jek !!! Hmmmph !!!!! 

Puas Sha belek-belek kamera henponku ini tapi rupa-rupanya Sha tak sempat nak snap gambo dgn Mak Meyah pada hari tersebut. Nice.....

Bukan tu je malah kami juga tak dapat snap gambar dengan RedBaby dek kerna beliau tidur. Tak pe lah tak de rezeki namanya tu. Di lain kali lah harapnya :( InsyaAllah.  

So layankan ajelah gambor-gambor kami tanpa Kak Red dan RedBaby. Hiks. Ku tunggu gambar beramai-ramai yg cameraman Kak Red snap ajelah. Later later Sha tempek kat dalam blog Sha ok? Hiks. 

Enjoice !!

Mini pelamin yg cantik untuk RedBaby. Rasa tenang dan syahdu je tengok mini pelamin ni. Sesuai sekali untuk baby boy kan? 


Damia pun ralit tengok mini pelamin ni :)


Damia pose dengan abahnya :)


Candy bar yg sungguh menawan hati 


Tak dapat bergambar dengan RedBaby , dapat bergambar dengan gambar empunya badan pun jadi lah :)


jom jom kita balik ...


"Kak Red : ehh ambik satu lolipop je??"

"Sha : erm cukuplah tu Kak Red ...."

Thank you kak Red for the invi :)

   

Bersedekah di bulan Rejab

Assalamualaikum ???



Sebagai seorang blogger Sha bukan saja berniat untuk share the happiness sahaja di dalam blog Sha ini. 

Malah Sha berharap dapat menjadikan blog ini sebagai medium untuk membantu orang lain, jika tak banyak, sedikit pun jadilah. InsyaAllah. 


Mungkin dah ramai blogger lain yg share the same thing di dalam blog mereka tapi Sha harap dengan usaha yg kecil ini dapatlah Sha hebahkan lagi kepada pembaca lain yg masih tidak tahu. 

TABUNG AHMAD SUFI




Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi. Ahmad Sufi telah dilahirkan pada 12 Mac 2012 dan sejak lahir beliau telah menghidapi masalah paru-paru yang kritikal. Kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dari AUD3000 (RM9000) sehari. Untuk makluman, Ahamd Sufi telah berada dan dirawat di sana sejak 13 Mac 2012 sehingga ke hari ini. Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada di antara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatannya di sana. Boleh refer nombor akaun di bawah untuk menyumbang wang tunai.


BSN: JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI (Ibu Saudara Ahmad Sufi)

No Akaun : 14133-41-00000395-4  



MAYBANK: JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI (Ibu saudara Ahmad Sufi)

No Akaun: 5160-1540-2261


CIMB MAYA SYUHADA BINTI SUHAIMI (Ibu saudara Ahmad Sufi)

No Akaun : 1410-0000-4622-01

Kredit gambar dan info : Facebook Tabung Ahmad Sufi


RUMAH RAKAN BLOGGER TERBAKAR 100%



Sesungguhnya Qadaq dan Qadar itu milik Allah Taala. Sejauh mana manusia itu mengambil sikap berjaga-jaga tetapi jika itu yg Allah tentukan tiada siapa yg mampu menghalangya. Allah Maha Mengetahui. Saya tidak mengenali rakan blogger ini namun di harap kita dapat sama-sama menyumbang kepada beliau dan keluarganya. 

 CIMB BANK: 13040077370526 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)

Maybank: 163082138960 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)

Monday, May 28, 2012

maafkan saya :(

Assalamualaikum ???



Sorry yer anda yg lovely. 

Andaikata anda ter'click' entry ini sebelum ini, tapi ia entry yg kosong, sila maafkan saya. hiks :)

Ini akibat tangan tuan empunya blog yg 'gatai'. Sebenarnya Sha tertekan butang 'publish' kat henpon Sha masa nak update blog via henpon. Padahal belum taip apa-apa isi pun dalam enrty tu. Ohh ye kejadian ini berlaku pada awal pagi semalam.

So dek kerana ke'busy'an di office semalam, maka hari ini barulahhh Sha dapat mengisi kekosongan entry ini. Hiks.

Nothing much to say. Cuma berlaku insiden cemas pagi tadi yakni apabila sabatang skru telah mencucuki tayar keretaku. Fuhhhhh masa tu cuak juga. Masa dalam kereta, Sha dan enchek hubby perasan something is not right bila terdengar bunyi something kat tayar. Terus kami berhentikan kereta kat stesen minyak di Bandar Sri Permaisuri since kami ikut laluan belakang untuk ke office enchek hubby. First impression Sha is angin tayar dah habis tapi bila enchek hubby belek tayar berkali-kali barulah kelihatan skru yg comels itu. Nasib baik skru yg comel kalau skru yg besar??? Hamek.

So perjalanan diteruskan untuk mencari kedai tayar. Agak mencabar sebab tak banyak kedai tayar yg dibuka pada awal-awal pagi, kecuali kedai tayar motorsikal. Kenapa erk gitu??? 

Alhamdulillah ketika entry ini ditaip, tayar kereta yg bocor telah ditampal. Oleh kerana Sha akan Jalan-Jalan Cari Makan kat Penang this weekend plus menghadiri jemputan perkahwinan cousin enchek hubby so berkemungkinan besar tayar yg baru akan dibeli. Huhuhu......InsyaAllah :)

  

  Semoga yg baik-baik sahaja ye tayar sayang. :)





Published with Blogger-droid v2.0.4

Terminal Bas Bersepadu di dlm kelasnya yg tersendiri

Touch Screen Kiosk yg boleh ditemui di dalam Terminal Bersepadu Selatan. Banyak maklumat yg boleh kita dapat dari kiosk ini contohnya kedai makan yg beroperasi dan lokasi kedai makan itu. 

Kaunter jualan tiket bas. Kaunter tiket bas paling besar tentulah kaunter bas Transnasional :)

Lawa tak ceiling TBS ni? 

e-ticket ataupun electronic ticket

Jom kita naik eskalator tu untuk pergi menjamu selera !!

live data screen yg biasa kita lihat di KLIA dan airport yg lain kan?

Assalamualaikum?


Hai lovely ..selamat pagi ??? :)

Malam tadi Sha, enchek hubby dan Damia berkesempatan untuk reckee TBS. Haaaa....You All pernah dengar tak TBS atau Terminal Bersepadu Selatan ? Andaikata You All tak familiar, ia adalah sebuah terminal bas untuk perjalanan ke arah selatan Semenanjung Malaysia. Hmmmm.. contohnya perjalanan bas ke arah JB dan pada malam tadi Sha nak hantar adik Sha yg lovely tu balik ke Melaka. Ihiks..

Kat terminal tu bukan je ada bas ekspress tapi turut menyediakan bas antara bandar dan yg paling penting ia turut menghubungkan lapangan terbang KLIA melalui sistem keretapi ekspress yakni ERL. Bagus kan???

Terminal ini turut dihubungkan dengan sistem komuter dan LRT ke arah Lembah Klang. So of course ia satu langkah proaktif dan bijak demi mengelakkan lalulintas yg sesak di jalanraya.

Selain itu Sha turut berbangga dengan infrastruktur terminal yg sangat cantik serta kemudahan yg sungguh lengkap. Dengan kemudahan meletak kereta yg luas, ruang kaunter jualan tiket yg besar, kedai makan dan restoran yg pelbagai serta keperluan lain turut diambil kira contohnya lif, eskalator, tandas, surau, mesin atm, kedai runcit dan kaunter khidmat pelanggan atau customer service. 

Ada pilihan restoran seperti KFC, Kenny Rogers Roasters, Nasi Ayam Hainan, Dunkin Donut, Subway, The Bakers Cottage, Tutty Frutty dan banyak lagi!! Kedai mamak pun ada, tak silap Sha, kedai yg bernama NZ Curry House. :))

OK, secara detailnya, kaunter Jualan tiket bas terletak di aras 3, ruang makan terletak di aras 4 dan ruang meletak kereta terletak di aras 4, 5 dan 6.

Ohh ye, kat aras 3 tu anda boleh juga lihat kedai-kedai yg lain seperti 7Eleven, Maxis, kedai kasut , kedai alat solek dan banyak lagi. Overall, Sha amat berpuashati dengan TBS dan Sha berharap pihak yg berwajip akan sentiasa memantau TBS dari segi keperluan dan kebajikannya. Mudah untuk mengaut keuntungan tetapi jangan harus leka dengan tanggungjawab kepada pengguna TBS.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 26, 2012

Apa itu Nuffnang Blogopolis ???

Assalamualaikum ???



Sebagai follower tegar akaun twitter Nuffnang Malaysia, Sha begitu alert dengan tweet yg keluar dari tweethandle @NuffnangMy. Tapi kadang-kadang bila Sha busy kat office so Sha tak sempat pun nak selak-selak timeline Twitter ni. Macam semalam kan Sha busy nak update blog secara marathon? Phewwww.

Hari ni Sha masuk office. Perkara pertama yg Sha ingat nak buat dulu is pergi tweethandle @NuffnangMy dan 'be updated'. Ada satu tweet yg dikeluarkan oleh @NuffnangMy semalam.

Bila baca satu tweet tu Sha rasa terkezut dan terkesima bila keluarnya satu tweet yg berbuny... " TWO more days to the official launch of our very own... bla-bla-bla.... "

So dengan rasa terujanya Sha pun pergi dekat link yg diberikan untuk dapatkan info.

Alhamdulillah. THANK GOD.

Satu sessi ilmu yg dah lama Sha nantikan sejak Sha bergiat di dalam dunia blogging ni.

Nuffnang akan mengadakan satu persidangan di kalangan blogger Nuffnang. Menurut apa yg Sha faham, akan ada perkongsian ilmu dari blogger Nuffnang yg telah berjaya dari segi pendapatan dan populariti. Blogger yg akan berkongsi tu bukan calang-calang blogger, yo! :)

Masih samar-samar info ini, namun ia bakal dilancarkan pada awal pagi Selasa 29 May 2012 yakni tepat jam 12.00 pagi. Mungkinkah pada waktu itu akan bermulanya sessi pendaftaran bagi blogger Nuffnang yg mahu menyertai persidangan ini ? Mungkin.....

Atau mungkinkah pada waktu itu akan ada maklumat yg lebih terperinci tentang persidangan ini?

Sama-sama kita nantikan. *drum rolls*

Sha harap kita semua akan mendapat manfaat dari persidangan tersebut demi memajukan blogsphere di Malaysia.

Lebih info di BLOGOPOLIS2012.

Kelihatan kak Jem dan yg lain sedang meeting.  Sumber gambar : Twitter NuffnangMy



  

Friday, May 25, 2012

Follower Twitter 220 Million

Assalamualaikum ???



Kalau follower akaun twitter Lady Gaga dah mencecah 25 million, apa kurangnya follower akaun twitter Sha? Setakat 220 million follower tu orang cina kata 'sapsapsui' !!!! *kawtim* eheh....

Alahai rilekslah..... Bukan niat nak promote akaun twitter Sha pun, jika nak follow boleh follow jika rasa tak mahu follow pun tak apa.:) Kayu pengukur kebahagiaan Sha bukannya terletak pada bilangan follower Twitter.

Ada sesetengah orang berpendapat 'U Follow I Follow' . OK Well said, Sha sendiri aplikasikan benda yg sama. Tak salah untuk Sha follow orang yg follow Sha tu sekadar nak berinteraksi dengan mereka dalam medium Twitter. 

Ada juga sesetengah tu yg tak follow Sha tapi Sha still follow mereka. Sha tak harapkan untuk mereka follow Sha pun. Macam point di atas tadi jika nak follow boleh follow jika rasa tak mahu follow pun tak apa :)

Sha turut berinteraksi dengan tweethandle-tweehandle di dalam Twitter walaupun mereka bukan follower Sha. Konsep ni pun mudah, sometimes Sha rasa nak menyampuk, sometimes Sha rasa nak ucapkan ucapan tahniah dan sometimes Sha nak beri jawapan kepada soalan mereka. Sha tak harapkan balasan dari tweethandle-tweethandle tersebut utk balas tweet Sha. Suka hati merekalah kan nak balas atau tidak? Ngeh3x......

Begitu juga dengan golongan artis. Sha bebas untuk tweet ucapan tahniah pada mereka dan at time kasi moral support pada mereka tapi biasalah tu jika mereka tak balas tweet Sha. It doesnt matter. Plus it doesnt cost me a thing !! :)

So Sha bersyukur dengan jumlah bilangan follower setakat ini yakni 220 orang follower. Hehehee....

Sorry ye, tajuk entry ni 'gimmick' je. :P

Wednesday, May 23, 2012

Damia dengan kasut barunya

Assalamualaikum???



Sukanya anak ibu ni bila dapat kasut baru. Haaaaaaaa tapi ia bukan kasut Trudy & Teddy ye, tapi kasut dari Sweeden yg dijual di F.O.S di Viva Shopping Mall, Cheras. Kasut Trudy & Teddy tu kita K.I.V lah yea mana tahu later-later ada rezeki kat situ kita sambar sepasang yg kaler dark brown tu. Muehehee... *dasar ibunya yg teringin kasut Trudy & Teddy*

Sebenarnya sandal Damia sekarang ni dah uzur sikit, yakni bunyi cetcetcet kasut tu dah takdak. Ahaksss.... Tapi tok chik Damia yakni makcik kepada enchek hubby pernah belikan satu sandal Croc kaler light green. Cun worrr sandal tu plus ia ringan. Tapi Ya Allah punyalah susah nak pujuk Damia untuk pakai sandal Croc tu. Kaedahnya kasut Croc tu disimpan je lah elok-elok kan? :((

Sha dan enchek hubby ramalkan bahawa si Damia ni jika kita nak belikan dia kasut atau sandal maka afdal untuk bawa dia bersama. Haaaaa....... itu macam. So that apabila kita nak belikan beliau sepasang kasut, beliau dapat bagi kata putus. Ecewahhhhhh ibu dulu ambik je apa yg mak dan abah ibu belikan ok?? Aduyyyyyai nye pun :((

Damia yg suka sangat design ni....Tak mau buka kasut tu dan try design yg lain. Sabar ajelah :)


Kasut baru ni agak ringan juga. Tapi kasut Crocs hijau tu lawa juga tau !! Hmmmmmmm... 



 


Lagu Ramalanku Tak Benar Belaka . Featuring Zarul Umbrella

Assalamualaikum???



Hello lovely...... Hari ini Sha bercadang untuk update blog secara marathon. Ngeh3x.... boleh atau tidak tu sama-samalah kita saksikan, ye ! Ecewahhh...!! :)  *ambitious*

Sebenarnya ini ialah satu entry yg mengundang rasa amarah berbaur geram sebab saya kempunan nak makan Willy Satay kat Ramal Food Junction di Sg Ramal, Kajang. Haaaaa, apabila berasa sedemikian maka Sha pinjam kejab tajuk lagu Singer cum Blogger, En Zarul Umbrella dan ubahsuai sikit tajuk lagu tersebut. Haaaa....gitu !! Hiks. *maafkan saya Zarul*


Lagu 'Ramalanku Tak Benar Belaka' yg diadaptasi dari lagu 'Ramalanku Benar Belaka' ...Huhuhuhuhu.....  

Plan nak makan satay kat situ pun impromtu jugak You All ... Hari ahad tu Sha kene kerja so sampai rumah mom in-law kat Shah Alam dah lewat petang. Tup-tup 10 minit sebelum tu depa decided nak pergi makan Willy Satay. Wahhhhh I loike !! Kami pun siap-siaplah apa yg patut kan....Terus zassssss pergi ke Sg Ramal dengan 2 kereta. Kami punya plan lepas pekena Willy Satay nanti, Sha, enchek hubby dan Damia terus lalu jalan belakang dan balik ke Cheras. Ikut SILK Highway lah You All. :)

Sesampai kami ke Ramal Food Junction dalam jam 8.20 malam gitu kami lihat fuhhhh bukan main ramai lagi pelanggan yg sedang menjamu-selera di situ. Dalam hati Sha berkata "mungkin makanan yg dijual sedap-sedap belaka " OK itu first impression Sha ye.... :) 

Kelihatan kelibat pekerja Willy Satay sedang mengipas satay di satu sudut. Aroma satay yg dibakar sungguh menyelerakan. Hmmmmmm... Asap satay yg berkepul-kepul tu pulak? Alahai rasa macam nak sedut je asap satay tu kan? Ahaks....


Satay Willy yg famous amous di Ramal Food Junction, Sg Ramal, Kajang. :)


Kami pun duduk lah kat satu meja bulat.yg berdekatan dengan gerai Willy Satay. 

Ramal Food Junction pada ketika itu boleh dikatakan sedang 'full house'. Ada lebih kurang 15 buah gerai yg berbentuk 'U' dan di tengah-tengah deretan gerai itu ada lebih kurang 50 buah meja makan. Atau mungkin lebih ??? Agak-agaknya ada lebih kurang 100 pelanggan yg sedang makan di Ramal Food Junction tu? Atau mungkin lebih. Itu ramalan Sha sebagai seorang Food Blogger :)


Ramainya pelanggan di Ramal Food Junction !!!! Bagi Sha itu satu petanda yg baik :


Kami yg tengah tahan lapar ni masih menunggu kot-kot ada pekerja yg datang untuk tolong clearkan meja kami yg penuh dengan pinggan mangkuk dan segala. Last-last kami sendiri yg angkat dan alihkan pinggan dan gelas tu semua ke sebuah meja di tepi meja kami. Meja tu bukan untuk pelanggan duduk pun, mungkin meja untuk letak barang? Biarlah. Sabar aje lah .....nak buat macam mana, dah lebih 10 minit kami tunggu tapi tak ada sesiapa yg datang untuk kemaskan meja kami. Grrrrr... Geram jugak sebab even though food junction ni based on self-service tapi sepatutnya pengusaha food junction tu kena lebih peka dan sediakan sekurang-kurangnya 5 orang pembantu untuk bersihkan meja selepas pelanggan selesai makan.  Agree with me??

Kami masih sabar walaupun terpaksa membersihkan meja kami sendiri. Nasib baik ada bawa tisu. Bolehlah kami lap tangan guna tisu akibat sinki yg bersebelahan dengan meja tu tak berfungsi. 

Ohhh ya berbalik pada Willy Satay, sebenarnya sejurus kami sampai ke Food Junction, adik ipar Sha terus pergi order satay di gerai Willy Satay tu. Rupa-rupanya 'no more order for the day' dan satay yg sedang disiapkan oleh pekerja Willy Satay adalah untuk pelanggan terdahulu. Nice. 

Kecewa sungguh kami anak beranak. :(

Willy Satay yg tak dapat ku bedal... Hahahaa


Semua satay tu sudah ditempah oleh pelanggan lain... sob..sob..


Makcik kepada enchek hubby dan adik ipar yg recommend Willy Satay ni ada bagi tau Sha bahawa satay daging memang terbaikkkkk compare to satay ayam. Tapi nak buat camno dah tak ada rezeki untuk kami, kan? :)) Sewajarnya kami datang lebih awal jika ingin menikmati Willy Satay. OK Full stop, we learn something. Kami pasti akan datang lagi untuk menikmati Willy Satay dan akan cuba datang lebih awal, InsyaAllah.


Kami makan something else lah.... dah tak dapat makan Willy Satay.. Huhuhu...


  

Ceriaaaaaaaaaa :)


Bila tak dapat makan Willy Satay Sha try order Nasi Lemak yg juga famous amous di situ tapi habis liau !!!! Ihiks....


kat situ si Damia ada buat aksi menangis marathon ala-ala Keretapi Tanah Melayu dari KL ke Penang non-stop. Muahahaha.....


Wordless Wednesday : Free Gift from YouTube

Tuesday, May 22, 2012

Holiday to Mystical Tibet, anyone ???

Assalamualaikum???



Hai lovely ??? Pernah tak dengar tentang Tibet? Tibet ataupun 'the roof of the world' terletak di negara China yakni di bahagian selatan dan di sebelah barat China. Tibet ialah satu kawasan pedalaman dan merupakan kawasan yang mempunyai altitud yg paling tinggi. 

Kesakitan yg berkaitan dengan altitud mudah berlaku kepada pelancong yg melawat Tibet. Antaranya ialah Acute Mountain Sickness (AMS). So sebelum pelancong berkunjung ke Tibet, harus pergi buat pemeriksaan secara fizikal sepenuhnya. Lepas tu pulak jikalau anda penghidap sakit jantung, memang tak digalakkan pergi melancong ke Tibet. Bukan tu je jika anda mempunyai tekanan darah rendah dan tekanan darah tinggi, eloklah pergi dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu. :)) 


Potala Palace

Kiranya seseorang pelancong tu kena sihat sebelum pergi ke Tibet dan kalau boleh janganlah beliau batuk ataupun selesema sebelum beliau melancong ke Tibet sebab ia boleh mendatangkan mudarat kepada badannya sendiri !! Sampai je Tibet, pelancong tu digalakkan untuk tidak mandi dan tidak merokok dan tidak minum minuman yg mengandungi alkohol.


People from Tibet..... 


Risiko paling besar kepada pelancong yg melawat Tibet ialah risiko altitud yg tinggi sekitar 3000 meter ataupun kira-kira 9843 kaki tinggi dari aras laut. Kalau nak tahu di Tibet ni majoritynya ialah tanah tinggi. Acute Mountain Sickness ni terjadi sebab berlakunya kekurangan oksigen di udara. Sebenarnya kesan apabila berada di altitud yg tinggi ni berbeza-beza bagi setiap pelancong. Contohnya seperti pening kepala, muntah-muntah, keletihan, sukar untuk bernafas, sukar untuk tidur dan kurang selera makan.


Architecture yg tiada di Kuala Lumpur. So unique !!!


Ia kerana pelancong akan melalui kawasan tanah tinggi di sepanjang perjalanan melalui keretapi dari Xinghai ke Tibet. Keretapi tersebut bergerak dari Beijing, Shanghai, Chengdu, Guangzhou, Xi'ning dan Xi'an. Laluan keretapi yg sejauh 1972 kilometer ini tentunya menjanjikan pengalaman yg berharga apabila menaiki keretapi dengan altitud sehingga 4000 meter tinggi !!! Ramai pelancong yg pulang dengan memori terindah bersama mereka.

Speechless dengan pemandangan begini.... :)



Xinghai -Tibet Railway sejauh 1972 kilometer ... :)


Hard-berth Sleeper yg dapat memuatkan 6 orang pelancong di dalam sesebuah compartment dan di dalamnya ada 2 buah katil 3 tingkat. Ia juga dikenali dengan Second Class Sleeper. First Class Sleeper ataupun Soft-berth Sleeper pula dapat memuatkan 4 orang pelancong di dalam sesebuah compartment yg mengandungi 2 buah katil 2 tingkat. Kosnya lebih mahal berbanding Hard-berth Sleeper. :)


Untuk anda semua, Reliance Travel ada menawarkan guided travel package ke Tibet selama 8 hari dan bagi tarikh penerbangan untuk bulan September 2012, kadar bayaran bagi seorang pelancong ialah kira-kira RM 6854 untuk twin sharing basis. Ada yg berminat ??? :)




sumber gambar : TibetTravel.org 




Window Shopping : HOT item from IKEA

Assalamualaikum ????



Yeayyyyyy edisi window shopping kini bermula !!! Kat edisi window shopping ni Sha nak kongsikan item terkini yg boleh diusha di wondow display di gedung IKEA Malaysia !! *clap clap clap* 

Tidak dinafikan Sha sangat teruja bile tengok each and every item yg ada di display IKEA. Yelahhh dah hari-hari dok ulang-alik lalu depan window display tu, of course ai teruja ! Ngeh3x..... Itu lah laluan Sha dari parking lot IKEA ke office, itulah laluan Sha ke tandas IKEA , itulah laluan Sha bila nak dapatkan parking free IKEA. Whoahhhhh, did I say FREE? Ok momantai next enrty Sha akan kongsikan cara-cara nak dapatkan parking IKEA FREE !! Yeayyyy ... Jom lihat apa yg HOT di IKEA...

Ohhh kabinet dapur yg sungguh harmoni. Putih yg cantik kan? :)


Kabinet Dapur dengan anggaran harga RM 6204. Pasti ia suatu pembelian yg berbaloi-baloi :) 


Cabinet with door... at price RM 449 . Offer valid till 3rd June 2012 only :)


Will update any future promo and hot item from IKEA di edisi Windo Shopping akan datang. Stay tuned :))
 

Marvel's The Avengers - Bergabung dan Meletop!

Assalamualaikum ???



Hai lovely.. :) In case ada di antara anda yg follow twitter Sha, mungkin ada yg nampak tweet Sha untuk ajak rakan-rakan blogger untuk join Sha dan family pergi nonton movie Marvel's The Avengers tempoh hari. Tapi sorry Sha tak dapat nak ingat semua tweethandle so tak dapat nak approach seorang demi seorang. Keputusan impromtu di buat bila Damia di pinjam sekejab oleh Atok dan Opahnya. Plus adik bongsu Sha ada menemani parents Sha sama so panjanglah kaki ibu ngan abah Damia ni. Ahaks !!!!

Remember tak entry DAPAT HADIAH DARI NEELOFA ???

So Sha terus gunakan Kad Keahlian MBO masa nonton movie Marvel's The Avengers ini di MBO Subang Parade. Al-kisahnya Subang Parade tu memang ai punye port lepak masa sekolah menengah dulu. Hiks. Cuma zaman sekolah menengah dulu mana wujud MBO Cinema tu sayang oii. Hiks. Tapi tau juga lah selok-belok Subang Parade ni, kiranya if nak cari parking yg dekat dengan cinema tu is finger tips gitu !! Hoho...

Sha pergi nonton dengan enchek hubby dan sis in-law untuk tayangan jam 8.00 malam. Overall bila superhero bergabung tenaga untuk melawan orang jahat, kita akan rasa confident bahawa orang jahat akan kalah secara automatiknya. :)) *ambitious*

Patutlah si Robert Downey Jr. yakni aktor yg membawa watak Ironman tu demand untuk bayaran sekitar USD 50 Million untuk berlakon movie ni. Haahhh kau !!! Bila convert ke dalam Ringgit Malaysia kira-kira RM 150 Juta dia dapat. Pelakon yg lain hanya dapat bayaran sekitar USD 1 - 3 Million ajek. Tapi tapi tapiiiiiiii watak yg beliau dukung sebenarnya lebih terror dari watak superhero yg lain, contohnya beliau yg lakukan misi untuk mengubah haluan peluru roket berpandu yg mengandungi bom. Fuhhhhh dasyat-lah !! Hampir-hampir nak terkorban Abang Tony Stark kita. Muehehehe.....

So bagi anda yg masih belum tonton movie ni cepat-cepatlah tonton ye???!!! Ehh ada lagi ke yg belum tengok, Sha rasa macam orang lain semua dah tonton tinggal Sha ajek yg baru kedek-kedek nak tonton. Ahaks !!   

Avengers are originated from the famous comic, Marvel. The heroes above are Hulk, Ironman, Thor and Captain America . Yayyy !!!!!


ailebiu Tony Stark !!!! hiks


Kaunter khas untuk pemegang Kad Keahlian MBO, so saya tak perlu ke kaunter di bahagian hadapan yg sesak. Hiks. Ohh kenalkan, beliau ialah En Zaid dari MBO Subang Parade :)




Stand Poster 'Marvel's The Avengers' 


Mode : Avengers !!!!! hihihi ....